KELUARGA penyanyi tersohor dunia, Celine Dion mengakui, tidak banyak yang boleh dilakukan mereka dalam meringankan penderitaan penghibur itu yang kini bertarung dengan penyakit dikenali Stiff Person Syndrome (SPS).
Perkembangan terbaharu kesihatan Celine didedahkan kakaknya, Claudette dalam temu bual bersama majalah Hello! Canada.
Menurut Claudette, 74, sekalipun tidak banyak yang mampu dilakukan bagi mengurangkan penderitaan sakit beliau, namun, keluarga tetap setia menemani penyanyi itu.
Claudette memaklumkan, penyanyi berusia 55 tahun itu pada masa ini sedang berusaha untuk pulih walaupun masih keliru tentang penyakit yang dialaminya.
Ujar beliau, Celine sering mengalami kekejangan otot yang mustahil untuk dikawal.
Kerana itu, katanya, mereka sekeluarga berada di sisi Celine untuk memberi sokongan dan semangat kepadanya.
Claudette yang kini tinggal bersama Celine dan tiga anaknya berkata, adalah sukar untuk menyatakan jika ada atau tidak penawar bagi penyakit tersebut.
Pada Disember 2022, pelatun lagu hit My Heart Will Go On itu disahkan mengalami penyakit dikenali Stiff Person Syndrome.
Beliau sendiri berkongsi perkara berkenaan menerusi Instagram miliknya pada Disember lalu.
Disebabkan itu juga, Celine terpaksa membatalkan semua konsert jelajah dunianya termasuk beberapa konsert di Eropah susulan penyakit yang dihidapinya.
Fahmi Izuddin
Sun Sep 03 2023

Ujar ahli keluarganya, Celine Dion sering mengalami kekejangan otot yang mustahil untuk dikawal.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.

Pengurusan Celine Dion kecam Trump guna lagunya semasa berkempen
Pasukan pengurusan Dion mengeluarkan kenyataan bagi pihak artis Kanada itu dan syarikat rakamannya, mengatakan penggunaan lagu berkenaan "sama sekali tidak dibenarkan".

Olimpik Paris: Lady Gaga, Celine Dion buat penampilan di upacara pembukaan
Lady Gaga dan Celine Dion dijangka tampil di tebing Sungai Seine pada malam Jumaat, dalam satu upacara pembukaan Olimpik Paris yang unik.

Olimpik Paris 2024: Celine Dion, Lady Gaga hiasi upacara pembukaan?
Bahang debaran temasya Sukan Olimpik kian terasa dengan upacara pembukaan bakal jadi acara paling dinanti seluruh umat manusia dari seluruh pelosok dunia.

Celine Dion menanti masa untuk kembali beraksi
Celine Dion yang berusia 55 tahun sudah semakin pulih daripada penyakit Stiff Person Syndrome (SPS) yang menyebabkan ototnya kaku.

"Semoga ada keajaiban buat Celine Dion " - Kakak
Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk kurangkan penderitaan Celine, namun keluarga sentiasa ada di sisinya.

Celine Dion batal konsert jelajah dunia
Penyanyi popular Celine Dion membatalkan konsert jelajah dunia susulan keadaan kesihatannya yang menjejaskan keupayaan untuk membuat persembahan.

Celine Dion hidap gangguan saraf, batal lapan konsert musim panas
Celine Dion mendedahkan menghidap Stiff Person Syndrome (SPS), yang menyebabkan ototnya tidak dapat dikawal.

Penyanyi Meat Loaf, 74, meninggal dunia
Penyanyi Meat Loaf, yang popular dengan lagu I'd Do Anything For Love dilaporkan meninggal dunia pada malam Khamis.

Rihanna kini penyanyi wanita dengan pendapatan paling tinggi
Rihanna peroleh pendapatan tertinggi jauh mengatasi Madonna, Cline Dion dan Beyonce.

'Courage' buah tangan terbaharu Celine Dion
Penyanyi pop yang popular dengan lagu My Heart Will Go On dalam filem Titanic itu juga akan mengadakan jelajah dunia buat peminatnya.