Menerusi posting terbaru Noorkhiriah di Instagram, dia menjelaskan suaminya sudah pun selesai dibedah, namun masih belum sedar sepenuhnya.
"Apa akak boleh katakan yang mana ada pasangan hargailah. Itu je yang akak boleh cakap.
"Terima kasih atas doa, suami akak dah boleh selesai pembedahan dan sekarang masih belum sedar semuanya.
"Paling penting semuanya sudah selesai nak tunggu sihat sepenuhnya pula. Alhamdulillah terima kasih Allah, terima kasih semua," katanya.
Posting berkenaan kemudian 'dibanjiri' dengan kata-kata semangat oleh peminat dan pengikut di Instagramnya.
Rata-rata mereka mendoakan agar suaminya diberikan kesembuhan secepat mungkin.