SELEPAS pemergian suaminya tiga hari lalu, diva antarabangsa, Celine Dion, terus dilanda kesedihan apabila abangnya pula menghembuskan nafas terakhir.

Perkara itu diumumkan penyanyi itu melalui laman web rasminya dan menerusi akaun Twitter dan Facebook.



Surrounded by his loving family, Daniel Dion, older brother to Celine and eighth child of Thérèse and Adhémar Dion,...

Posted by Celine Dion on

Daniel Dion, 59, meninggal dunia dikelilingi ahli keluarga di kediamannya di Montreal, Kanada, pada Sabtu.
selepas bertarung bertahun-tahun dengan penyakit kanser otak, lidah dan kerongkong.

Daniel merupakan anak kelapan dari 14 beradik, manakala Celine adalah anak bongsu.

Khamis lalu, suami Celine, Rene Angelil, meninggal dunia kerana kanser kerongkong.

Celine ketika ini masih berada di Las Vegas untuk menguruskan upacara pengkebumian Angelil.