PELAKON terkenal Indonesia, Fedi Nuril mengakui sukar untuknya menghidupkan watak Fahri dalam filem Ayat Ayat Cinta 2.
Filem tersebut merupakan sekuel untuk filem Ayat Ayat Cinta yang mencipta sukses di pawagam Indonesia dan Malaysia pada 2008.
“Selepas hampir 10 tahun, saya harus menghidupkan semula watak Fahri. Sukar untuk saya membentuk karakter Fahri selepas sekian lama.
“Di filem pertama, saya masih bergelar pelajar. Kini, segalanya sudah berubah. Fahri bergelar ahli perniagaan dan pensyarah.
“Saya membawa watak ke satu tahap lain, tetapi masih mengekalkan jiwa Fahri dalam karakter tersebut,” katanya.
Tambah Fedi, dia juga harus menangis mengikut arahan pengarah, Guntur Soeharjanto.
“Selalunya, jika ada babak sedih, tangisan itu datang sendiri. Tetapi sutradara mahu saya menangis mengikut ketetapan skrip.
“Pada mulanya, agak sukar tapi lama kelamaan semuanya mengikut apa yang dikehendaki pengarah,” katanya lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan Ayat Ayat Cinta 2 yang akan menemui penonton di 109 pawagam Malaysia bermula 11 Januari ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Gempak
Tue Jan 09 2018
Filem tersebut merupakan sekuel untuk filem Ayat Ayat Cinta yang mencipta sukses di pawagam Indonesia dan Malaysia pada 2008. Foto Instagram Fedi
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Selepas hampir 10 tahun, sukar untuk saya' - Fedi Nuril
Pelakon terkenal Indonesia, Fedi Nuril mengakui sukar untuknya menghidupkan watak Fahri dalam filem Ayat Ayat Cinta 2.