NAMPAKNYA hadiah Krismas buat penyanyi terkenal antarabangsa, Mariah Carey datang lebih awal tahun ini.
Apa tidaknya, lagu nyanyiannya 'All I Want For Christmas Is You' kini meraih juara carta Billboard Hot 100 buat pertama kali selepas 25 tahun dilancarkan.
Lebih bermakna, lagu epik tersebut turut mengungguli carta Rolling Stones sepanjang minggu ini.
Lagu ratu pop berusia 49 tahun itu dilancarkan pada 1994 sebagai lagu single bukan untuk pasaran komersial bahkan, sebelum ini ia juga tidak layak memasuki carta Billboard Hot 100.
Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, barulah lagu tersebut dianggap layak memasuki carta sehingga berjaya menduduki tangga ketiga pada musim Krismas.
Selain carta Billboard, lagu tersebut turut menduduki tangga teratas dalam platform digital, Amazon Music sejak 25 November lalu.
Malah setakat ini ia mencecah satu bilion tontonan di laman YouTube.
Susulan kejayaan tersebut, ratu Krismas itu menerusi laman Twitternya meluahkan rasa terharu.
"Kita berjaya," katanya ringkas.
Sejak All I Want For Christmas Is You dilancarkan, ia telah menerima enam kali pensijilan platinum dari Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).
Agensi
Tue Dec 17 2019

Lagu nyanyian Mariah Carey (gambar) "All I Want For Christmas Is You" kini meraih juara carta Billboard Hot 100 buat pertama kali selepas 25 tahun dilancarkan. -Instagram @mariahcarey
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Mariah Carey, penyanyi pertama dengan lagu hit nombor satu dalam empat dekad berasingan
Mariah Carey merekod sejarahnya tersendiri apabila muncul penyanyi pertama menghuni kedudukan nombor satu carta Billboard Top 100 dalam tempoh empat dekad.