VOKALIS kumpulan rock popular, Muse, Matthew Bellamy mengungkapkan rasa teruja dapat kembali ke Kuala Lumpur pada Konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi,
Disaksikan lebih 53,000 penonton, penampilan Matthew diiringi dua anggota band, iaitu pemain bes, Chris Wolstenholme dan pemain dram, Dominic Howard di pentas disambut sorakan gemuruh peminat yang menantinya seawal jam 9 pagi.
Matthew memulakan persembahan dengan lagu Will Of The People dengan aksi cukup luar biasa meskipun usianya sudah mencecah 40-an membuktikan stamina masih ‘berbisa’.
“Kami teruja dapat bertemu anda semua di Kuala Lumpur selepas 16 tahun,” katanya disambut sorakan gemuruh penonton yang berada di dalam stadium.
Konsert yang bermula tepat jam 9.25 malam tadi turut menyaksikan Muse mempersembahkan rangkaian lagu popular mereka antaranya Time Is Running Out, Hysteria, Plug In Baby, Supermassive Black Hole dan banyak lagi.
Salah seorang peminat Muse ketika ditemui Astro AWANI, Farid Azih, 38, memberitahu rangkaian lagu dipersembahkan pada malam tadi ternyata mengembalikan memori ketika zaman universiti.
“Saya membesar dengan lagu-lagu Muse. Semua lirik lagu mereka saya masih hafal.
“Terima kasih Muse datang ke Kuala Lumpur dan membuat persembahan terbaik, sebuah pengalaman tak dapat saya lupakan,” katanya.
Dalam pada itu, Linna Masud, 37, yang menetap di Australia dan sanggup terbang pulang ke Malaysia demi menyaksikan persembahan Muse pula berpendapat konsert malam tadi antara persembahan terbaik pernah dihadirinya.
“Sebagai peminat saya hafal kesemua lagu-lagu mereka. Saya merupakan peminat mereka sejak di kolej lagi. Terima kasih Muse hiburkan kami di sini, sebuah pengalaman indah. Harap mereka datang lagi,” katanya.
Malaysia menjadi satu-satunya negara di Asia yang menjadi lokasi kumpulan Muse mengadakan persembahan jelajah dunia Will Of The People World Tour 2023 anjuran Hello Universe.
Muse mengadakan konsert kali kedua di negara ini selepas persembahan pertama di Stadium Negara pada 2007.
Kali terakhir Muse mengadakan persembahan di Asia pada 2019 menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga sebahagian dari jelajah Konsert Simulation Theory.
Faida Rahim
Sun Jul 30 2023
Matthew memulakan persembahan dengan lagu Will Of The People dengan persembahan cukup luar biasa meskipun usia sudah mencecah 40-an yang mana stamina ditunjukkan masih berbisa. - Gambar/ Stadium Nasional
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Konsert Muse tak jejas proses penggantian rumput padang SNBJ
Setakat ini, rumput masih belum ditanam manakala permukaan padang SNBJ yang diseliputi pasir akan dilindungi dengan 'pitch cover' sepanjang konsert Muse.