PEMINAT World Wrestling Entertainment WWE selepas ini mungkin tidak akan lagi menyaksikan aksi penggusti wanitanya Paige.

Diva WWE berusia 25 tahun itu cedera di leher selepas ditendang dari belakang oleh lawannya Sasha Bank di New York bulan lalu.

Kejadian berlaku ketika Paige menyertai pertarungan berpasukan melibatkan enam penggusti di Nassau Coliseum, Long Island.

Kesan daripada tendangan padu itu Paige rebah dan cuba untuk bangkit beberapa kali namun gagal.

Pembantu perubatan kemudian bergegas merawat Paige sebelum dibawa keluar meninggalkan gelanggang.



Paige atau nama pemilik nama sebenarnya Saraya-Jade Bevis disenaraikan untuk menyertai petarungan Royal Rumble bulan ini.

Bagaimanapun ujian perubatan susulan mengesahkan tidak selamat untuk Paige kembali bertarung sekaligus mengakhiri kerjaya penuh kontroversinya dalam arena WWE.

Selain kecederaan itu Paige pada masa sama turut dikesan mengalami scoliosis atau tulang belakang yang membengkok.

Tahun lalu penggusti kelahiran Norwich, England ini ini terpalit kontroversi selepas video seksnya tersebar.

Tekanan mengakibatkan dia mengalami anoreksia dan masalah keguguran rambut.