SIAPA yang tidak kenal dengan ustaz Ebit Lew, antara penceramah bebas yang berani mendekati golongan terpinggir tidak kiralah remaja bermasalah, transgender atau gelandangan sekali pun.
Pendekatan dakwah secara lembut menjadikan cara beliau dikagumi ramai.
Terbaru, Ebit telah berkongsi pengalamannya mendekati golongan muda yang sering memasuki kelab malam.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di Facebook rasminya.
Menurut posting berkenaan, Ebit menjelaskan dia hanya mampu menangis apabila berdakwah di kelab pada jam 1 pagi.
Menurutnya, kelab terbabit dipenuhi dengan anak muda beragama Islam beratur keluar dan masuk.
"Sesak anak muda dekat sini. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah.
"Ada yang ajak bergambar, ada ramai juga cabut lari," katanya.
Menurut Ebit lagi, dia juga sebak apabila berbual bersama remaja perempuan berusia 20-an yang mengakui langsung tidak bersolat.
"Ustaz, kami tak solat langsung, kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak?
"Saya pun menjelaskan yang Allah sentiasa sayang mereka. Dia beri iman, syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain," katanya.
Tambahnya, dalam 100 individu yang ditemui, hampir semuanya dah lama tinggal solat.
"Ada beberapa orang saja solat satu atau dua waktu. Sedihnya, paling sedih bila ada yang solat selepas mak ayah dah meninggal.
"Apapun mereka baik-baik, suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama.
"Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat, dadah, tak solat," katanya.
Gempak
Wed Jul 10 2019
Ebit menjelaskan dia hanya mampu menangis apabila berdakwah di kelab pada jam 1 pagi. - Foto Facebook
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Unpacking the key drivers fueling economic expansion in 2024
Discussion with Chief Executive Officer, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr. Rosnani Rasul to understand the multifaceted dynamics shaping Malaysia's economic landscape in 2024. From projected GDP growth and robust private consumption to navigating global economic conditions and commodity price volatility, the country faces both opportunities and challenges.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.