Namun begitu, menerusi ciapan di Facebook pada Rabu, dia akur jika perceraian adalah jalan yang terbaik buat kedua-dua pihak.
"Sebelum ini hubungan kami baik-baik saja. Alhamdulillah, saya berlapang dada atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT.
"Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respons pada isu ini. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini (dan) cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitnah," ujarnya.
Tambah penyanyi Di Persimpangan Dilema itu, sebagai manusia, dia juga tak dapat lari dari berbuat kesilapan dan kesalahan dan hanya mampu untuk berlapang ada atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa sahaja ketentuan Allah SWT.
"Sebagai manusia saya juga tidak dapat lari dari berbuat kesilapan dan kesalahan.
Nora juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan memberi kata-kata semangat.
"Doa yang baik-baik juga untuk kalian semua," ujarnya.
Laporan sebelum ini memberitakan Nora, 51, diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, pada Isnin.
Lafaz cerai itu dibuat oleh Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh penyanyi itu dalam Instagram.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi yang juga seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul di Universiti Malaya dalam satu majlis pada 2021.
Sebelum ini, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.