KUALA LUMPUR: Tiada kata yang dapat menggambarkan kekesalan Ahmad Firdous Raisuddin yang pernah membuat dakwaan tidak berasas kepada petugas kesihatan yang telah bertungkus-lumus membantu membendung penularan COVID-19.
Bahkan, tindakannya sebelum ini yang secara terang-terangan antivaksin amat dikesalinya selepas diuji dengan wabak berkenaan.
Kekesalan dan kesedihan juga tentu sekali tambah berganda buat Ahmad Firdous, 40, apabila COVID-19 turut meragut nyawa adik kesayangannya, Allahyarham Siti Sarah.
"Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh selepas kembali pulih daripada COVID-19….kalau orang cakap dulu saya antivaksin, memang betul saya antivaksin sebelum ini di atas sebab-sebab tertentu.
“Tapi, sekarang saya bersedia untuk ambil vaksin sebagai ikhtiar kehidupan dan selepas mendapat vaksinasi penuh ia akan memudahkan kita untuk menjalankan pelbagai urusan harian," katanya dalam video yang dikongsi di Facebook peribadinya.
Permohonan maaf turut diungkapkan Ahmad Firdous kepada barisan petugas hadapan selain merakamkan penghargaan kepada barisan petugas hadapan ini yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawanya.
Diuji COVID-19 pada tahap 4 sehingga dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) menawarkan pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga buat Ahmad Firdous.
“Orang kata COVID is real, memang COVID is real. Dah kena, COVID is real la. Pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh la apa la, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor, pada nurse dan berterima kasih.
“Bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa saya ini, terima kasih banyak-banyak. Frontliners memang saya respect. Frontliners yang menjaga di wad ICU, saya katil kat depan, bayangkan macam mana diorang bekerja.
“Bila dah kena, baru tahu. Baru kita rasa, teruklah kita ni. Menyebarkan benda yang tak benar, tak baik, padahal dia yang tolong kita ,” ujar Ahmad Firdous lagi.
BACA: Tulisan terakhir buat Siti Sarah...
BACA: Siti Sarah meninggal dunia
BACA: 'Pergilah Siti Sarah, kami menyusul nanti' - Peminat, rakan artis ucap takziah
Lantaran sudah melalui pengalaman ngeri, Ahmad Firdous tidak akan teragak-agak untuk mengambil vaksin COVID-19 tidak lama lagi.
“Diri saya bila dah kena, Insya-Allah bila saya sihat, Insya-Allah saya akan ambil vaksin. Saya tahu penderitaan orang yang kena Covid sangat teruk.
“Mana yang cakap dulu saya antivaksin, takpe la itu pengalaman hidup saya, pengajaran bagi saya. Dan mereka-mereka yang taknak ambil (vaksin), terpulang pada korang.
“Saya tak paksa tapi bila kena Covid walaupun tahap 1, 2, kena ingat korang boleh jangkit pada orang lain dan orang lain kita tak tahu antibodi diorang macam mana.
“Pengalaman saya di ICU, saya baring, ada yang baru masuk dan ditidurkan, esok pagi dialisis terus, saya tengok benda-benda ni dalam ICU amat-amat mengerikan. Hari-hari kita berdoa, kadang moral kita down, boleh jadi naik, nak keluar daripada ICU untuk lawan Covid ni,” jelasnya lagi.
Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 dan ditidurkan di ICU, Hospital Serdang pada Ogos lalu.
Dia juga dilaporkan pernah memuat naik status seakan-akan mempertikaikan keberkesanan vaksin COVID-19 yang pada waktu itu sedang giat diberikan kepada orang ramai.
Adik Ahmad Firdous, Siti Sarah meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM)sekitar 5.13 pagi.
Pemergian penyanyi kesayangan ramai itu ke rahmahtullah menyentuh emosi sebilangan besar rakyat Malaysia.
Allahyarham Siti Sarah, 36, yang juga ibu kepada empat cahaya mata sebelum itu ditidurkan lebih 48 jam.
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar.
Selain Ayash Affan, Allahyarham Siti Sarah turut meninggalkan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata lain Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Astro Awani
Wed Sep 29 2021
Diuji COVID-19 pada tahap 4 sehingga dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) menawarkan pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga buat Ahmad Firdous.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
COVID-19: Abang Siti Sarah yang ditidurkan di ICU mula buka mata - Shuib
Ahmad Firdous Raissuddin yang ditidurkan di ICU ekoran keadaan kesihatannya yang menurun akibat jangkitan COVID-19 mula sedarkan diri.