AWAL bulan ini, Sojin dari kumpulan gadis K-Pop, Girl's Day memutuskan untuk meninggalkan label muziknya, Dream T Entertainment apabila kontraknya tamat pada Februari ini.
Pengumuman itu menyebabkan ramai peminatnya terkejut dan mula mempersoalkan sama ada ia adalah permulaan kepada pembubaran kumpulan yang berusia sembilan tahun itu.
Walaupun agensi itu menafikannya, namun ahli-ahli lain Girl's Day iaitu Yura, Minah dan Hyeri dilaporkan sedang berurusan dengan agensi-agensi lain untuk menandatangani kontrak sebagai artis solo kerana kontrak mereka bersama agensi tersebut akan tamat pada akhir tahun ini.
Girl's Day memulakan kerjaya muziknya pada tahun 2010 dan mereka merupakan antara kumpulan muzik perempuan yang bertahan lebih daripada ‘sumpahan tujuh tahun’ (perkataan yang digunakan bagi kumpulan yang bubar atau kehilangan ahli kurang dari tujuh tahun).
Bagi peminat tegar K-Pop, anda semestinya tahu bahwa kumpulan 2NE1, 4Minute dan Sistar dibubarkan selepas tujuh tahun bersama-sama dan pada tahun ketujuh juga, Jessica telah meninggalkan Girl Generation serta Sunye dan Sohee telah berpisah dengan Wonder Girls.
Tidak seperti kumpulan yang terdiri daripada anggota lelaki, mereka bertahan lebih lama daripada pembubaran atau kehilangan ahli walaupun mereka dikenakan perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan di Korea Selatan.
Apakah yang berlaku di sebalik perkara ini?
Pengkritik budaya dan professor komunikasi global di Universiti Kyung Hee, Lee Taek-gwang berkata, usia merupakan faktor penting dalam industri atau dengan erti kata lain, "yang lebih muda lebih baik".
"Ia boleh dilihat menerusi usia purata kumpulan perempuan berkenaan dan apabila kumpulan itu mencapai usia tertentu populariti mereka akan cenderung untuk berkurang," kata Lee Taek-gwang.
"Hal ini sering berlaku terutamanya bagi kumpulan gadis kerana mereka cenderung untuk menjadi popular kerana imej mereka yang muda, comel, tidak bersalah. Dan apabila mereka mula dewasa, imej tersebut sukar dijaga dan (mereka) digantikan oleh kumpulan yang lebih muda,” tambahnya lagi.
Secara purata, umur ahli Wonder Girls adalah 16 tahun ketika band berkenaan melakukan debut pada 2007 iaitu pada tahun yang sama, purata umur bagi ahli Girls Generation adalah 18 tahun.
Manakala Twice mempunyai purata umur 18 tahun pada 2015 dan umur purata ahli band April adalah 16 tahun, dengan ahli termuda, Jinsol, hanya 14 tahun pada masa itu.
Red Velvet dan BLACKPINK mempunyai purata umur 20 tahun pada tahun 2014 dan 2016 masing-masing.
Walaupun kumpulan lelaki membuat debut mereka pada usia yang sama, mereka bertahan lebih lama.
Antara band lelaki yang memulakan debut pada usia yang sama ialah Super Junior (14 tahun), Big Bang (13 tahun) dan SHINee (11 tahun).
Tempoh jangka masa untuk sebuah band perempuan lebih singkat iaitu lima hingga tujuh tahun.
Kebanyakkan ahli cuba untuk terus relevan di dalam industri selepas itu. Ramai vokalis meneruskan karier mereka sebagai artis solo seperti Jessica (Girls Generation), HyunA (4Minute) dan Hyorin (Sistar).
Mereka memilih untuk menjadi penyanyi solo kerana kekuatan dan kemahiran nyanyian mereka selain masih ada peminat yang menyokong mereka.
Antara pilihan kerjaya lain selepas pembubaran ialah lakonan. Ramai ahli band perempuan kini beralih arah ke dunia lakonan kerana ianya lebih mudah untuk relevan di industri hiburan Korea Selatan.
Artis seperti Uee (After School) dan Suzy (Miss A) kini merupakan antara pelakon wanita yang berjaya.
Kebiasaannya, selepas tujuh tahun, para artis boleh membuat keputusan untuk memperbaharui kontrak atau tidak dan band perempuan cenderung untuk meninggalkan atau membubarkan kumpulan mereka.
Agensi
Sat Jan 26 2019
Pengumuman Sojin meninggalkan kumpulan gadis K-pop, Girl's Day mengejutkan peminat tegar K-pop. Twitter @girlsdaydaily
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Minzy dedahkan asalnya lagu "As If It's Your Last" bukan dicipta untuk Blackpink tapi...
Kalau bukan untuk mereka untuk siapa pula?
Sebab utama band perempuan K-Pop selalu bubar
Antara sebab utama kenapa kumpulan band perempuan K-pop sering kehilangan ahli atau bubar adalah disebabkan faktor usia.
Gosip dengan G-Dragon: Kami berdua bukan bercinta pun - Dara
Dara atau nama sebenarnya Sandara Park menjelaskan perkara tersebut ketika sesi temu bual di Filipina, baru-baru ini.