PELAKON dan penyanyi, Linda Rafar berkongsi suara nyanyian arwah anaknya yang meninggal dunia lima tahun lalu, Rezaimen Keifli atau Memen.



Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Suara nyanyian Memen disertakan dengan beberapa foto yang menambah lagi rasa sayu kebanyakan netizen yang melihatnya.
"Ni suara arwah Memen, nak sangat jadi penyanyi tapi mama tak bagi, suruh jadi tahfiz, kuasa Allah terus bagi syurga kat Memen.

"Al-Fatihah Rezaimen Keifli Bin Azlinda, jaga mak kat sana ya," tulis Linda sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Linda berasa sayu dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Memen.

Memen meninggal dunia pada 5 Julai 2014 akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

Untuk rekod, Memen ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.