PELAKON Datin Lisa Surihani teruja melibatkan kedua-dua anaknya, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini.
Kongsi Lisa, sebelum menerima pelawaan Puan Sri Tiara Jacquelina, dia mengambil sedikit masa memikirkan keselesaan kedua-dua anaknya sebelum memberi kata putus.
“Sebenarnya Puan Sri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.
“Tanpa memikir panjang saya menerima pelawaan itu dan beliau meminta untuk bawa bersama dua anak saya (Yahaira Leanne & Yusof Leonne) turut serta dalam video tersebut.
“Saya mengambil masa untuk membuat keputusan, sudah pasti saya perlu memikirkan terlebih dahulu tentang keselesaan anak-anak, dikhuatiri mereka tidak selesa dan sebagainya.
“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa bersama mereka, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video.
“Pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Lisa memberitahu, dia tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya kepada industri lakonan kerana usia mereka masih terlalu awal.
“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda.
“Saya masih memikirkan zaman kanak-kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka.
“Saya teringin untuk melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya," tambahnya yang hadir sebagai salah seorang tetamu jemputan dalam siaran langsung MeleTOP pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Lisa sedang mengemudikan sebuah program berjudul Sakinah Mawaddah Warahmah di saluran Astro Oasis setiap Rabu jam 7.30 malam.
* Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Wed Jun 29 2022
Lisa Surihani tidak bercadang mendedahkan anak-anaknya dalam dunia lakonan. - Gambar GEMPAK
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Ada yang anggap Lisa berubah kerana suami, saya cuma restu - Datuk Yusry
Yusry juga tidak pernah menghalang atau memaksa isterinya untuk melakukan penghijrahan sebesar itu.
"Saya teringin lihat anak berjaya sebagai peguam, doktor..." - Lisa Surihani
Lisa juga tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya kepada industri lakonan.
Yusry sambut ulang tahun ke-48 dengan 'hadiah' bayi lelaki
Penyanyi dan komposer tanah air, Datuk Yusry Abdul Halim dan isterinya Datin Lisa Surihani selamat menimang cahaya mata ketiga awal pagi Selasa.
Suara, doa golongan selebriti untuk Palestin
Selebriti menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin, dalam sesi "Palestine: From Malaysia With Love bersama Tun Dr Mahathir Mohamad".
Yusry, Lisa bakal timang cahaya mata ketiga
Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.
Astro sediakan kandungan menarik sempena Maulidur Rasul
Sempena dengan sambutan tersebut, Astro berbesar hati mempersembahkan pelbagai pengisian menarik dari saluran Oasis, NAURA, dan Warna.
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin timang cahaya mata perempuan
Rizman dan isteri pilih nama Rizqaa yang bermaksud rezeki, kurniaan Allah.
Diet popular di Malaysia, mana paling berkesan?
Diet manakah yang paling sesuai dan berkesan? Ada banyak, di Facebook juga ada banyak group tapi manakah yang menjadi pilihan?
"Walau saya doktor, saya pernah bodoh!" - Dr. Say rugi RM10,000 tertipu skim cepat kaya
Siapa tak nak cepat kaya!
Puteh juara Maharaja Lawak Mega 2019
Puteh berjaya memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama bertemakan "Bebas" dengan memperolehi '5 HA' daripada Najip Ali.