PADA saat rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan isteri Paula Verhoeven dikhabarkan sedang bermasalah, Paula Verhoeven tenang memberi fokus terhadap dirinya sendiri.
Paula yang merupakan seorang model malah berbicara mengenai keputusannya menutup aurat dan berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada Mac lalu.
"Saya takut mati..."
Menurut wanita berusia 36 tahun itu, dia tidak mempunyai alasan yang lebih kukuh daripada takut mati untuk memakai tudung.
“Sebenarnya alasan saya mudah (pakai tudung). Saya takut mati,” katanya seperti dilaporkan Insertlive.
Isteri Baim Wong ini mengaku sudah lama memendam hasrat untuk berhijab. Dia sudah mahu menutup aurat sejak 2019 namun hasratnya hanya terlaksana tahun ini.
Pasang Hasrat Berhijab Sejak 2019
Pada awalnya dia mencuba memakai hijab selama 40 hari selepas pulang umrah sebelum hatinya yakin untuk terus menukar penampilan lamanya kepada yang lebih baik.
“Saya sudah pasang hasrat pakai hijab sejak 2019 tapi Allah tahu mana waktu yang tepat buat kita sebenarnya," kata Paula.
"Tapi, kalau bisa putar (waktu), saya sebenarnya menyesal kerana tidak belajar agama dari dulu,” dedahnya lagi. -Gempak
Gempak
Sun Jul 07 2024

Isteri Baim Wong ini mengaku sudah lama memendam hasrat untuk berhijab. Dia sudah mahu menutup aurat sejak 2019 namun hasratnya hanya terlaksana tahun ini. -Gempak

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

'Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah
Paula yang merupakan seorang model malah berbicara mengenai keputusannya menutup aurat dan berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada Mac lalu.