PEMPENGARUH dan usahawan, Khairul Aming akui teruja melihat industri ‘content creator’ yang kini makin berkembang di Malaysia.
Menurut Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, dia berharap agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pembikin konten daripada pelbagai bidang dan tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja.
“Memang ramai yang datang berjumpa dan minta nasihat untuk menjadi pembikin konten. Saya sangat seronok sebenarnya kerana industri pembikinan konten di Malaysia semakin berkembang.
“Cuma diharapkan kita boleh menaikkan lagi pembikin-pembikin konten daripada industri lain. Pada saya, konten makanan dah ramai yang buat.
“Mungkin kita boleh naikkan lagi pembikin konten untuk bidang pendidikan dan teknikal. Sebagai contoh, mereka boleh ajar tentang baiki kereta atau basikal.
“Di luar sana, ramai orang yang ada ilmu tapi mereka malu dan segan untuk tampil ke hadapan. Semoga dengan adanya TikTok Awards Malaysia ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk turut sama jadi pembikin konten,” katanya kepada MH.
Anak jati Kota Bahru, Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media TikTok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di The Godown Arts Center, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Khairul Aming mendedahkan dirinya tidak kisah apabila makin ramai pembikin konten yang membuat konten berkaitan masakan dan mempunyai konsep yang hampir sama dengannya.
“Saya okey sahaja. Masa saya mula-mula jadi pembikin konten, saya pun mencari inspirasi sebab kita tak pernah buat konten.
“Bila kita ambil inspirasi daripada orang, lama-kelamaan kita akan cipta identiti kita sendiri. Jadi, bila ada 'content creator' yang baru nak mula, janganlah kecam.
“Biarkan mereka biasakan diri buat video. Insya-Allah nanti akan keluar identitinya sendiri. Tak mengapalah kalau konsepnya sama. Saya lagi gembira.
“Saya langsung tak rasa tergugat kerana rezeki memang dah tertulis untuk masing-masing,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Khairul Aming yang memiliki jumlah pengikut seramai 3.7 juta di Instagram mendedahkan dirinya belum bersedia untuk menerima tawaran daripada program TV kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembikinan konten di media sosial.
“Untuk terlibat dalam program televisyen, mungkin tidak bagi saya. Saya naik daripada bawah melalui platform konten secara online. Jadi, sebolehnya saya tidak mahu lari daripada dunia yang saya ceburi daripada awal.
“Team saya pun tak ramai lagi. Cuma empat orang dan saya nak kekal sebegitu. Tawaran program masakan di TV memang banyak tapi saya terpaksa tolak sebab memang tak cukup masa dan tenaga.
“Nak buat konten masak untuk platform sendiri pun dah jenuh. Ditambah pula nak jaga bisnes lagi. Buat masa sekarang, belum lagi,” akhirinya.
Terdahulu, Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori TikTok Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.
Khairul Aming bakal bersaing hebat bersama pembikin-pembikin konten lain seperti Boss James, Auntie Purple, Ceddy dan Sallywho.
TikTok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara. -Media Hiburan
Media Hiburan
Thu Aug 17 2023
Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori TikTok Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023. -Media Hiburan
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
'Syabas anak muda', Menteri Agama puji Khairul Aming, Sofyank
Mohd Na'im memuji usaha murni Khairul Aming dan Sofyank yang menghasilkan video kesedaran mengenai Palestin.
Khairul Aming belanja staf baju raya, barang dapur, buka puasa dan duit raya!
Jarang jumpa ketua yang macam ini, semoga murah rezeki Khairul Aming.
Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Netizen tanya status halal produk Khairul Aming, ini jawapan tuan punya badan
Menurut usahawan itu, sebagai langkah pertama, syarikatnya telah mendapat sijil MeSTI bagi memastikan keadaan kilangnya bersih dan selamat.
Mahu berjaya seperti Khairul Aming? Ini tiga teras yang perlu anda beri perhatian...
Secara keseluruhannya, kejayaan yang 219 saat yang dilakar Khairul Aming pada Jumaat bukanlah usaha semalaman.
Khairulaming sasar jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop pada 2 Feb
Produk pertama Sambal Nyet Berapi sedia dijual untuk tiga tahun, produk kedua Dendeng Nyet Berapi akan mula dijual secara rasmi pada 2 Feb.
Tiru Sambal Nyet, Khairul Aming hantar surat tuntutan
Khairul Aming berkata, peguamnya telah pun menghantar surat tuntutan bagi pelanggaran hak harta intelek.
[KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia?
Pesanan dititipkan Khairul Aming sarat dengan mesej buat golongan anak muda yang terdorong untuk menjadi pempengaruh media sosial sepertinya.
Khairul Aming dinobat sebagai Creator Of The Year
Khairul yang merupakan usahawan berjaya turut menasihati pencipta kandungan muda untuk tidak mengabaikan pelajaran.
'Saya tak rasa tergugat, rezeki masing-masing' - Khairul Aming
Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori TikTok Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.