“IT is my life," ujar Remy Ishak mengenai status pertunangannya apabila ditanya untuk mengulas mengenai persepsi umum berhubung kahwin lewat.

Oleh kerana masih lagi tiada ketetapan tarikh untuk melangsungkan pernikahan dengan suri hati pilihan hatinya, masyarakat dan netizen tertanya-tanya.

Meski tidak ambil pusing dengan andaian orang sekeliling, Remy ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini, berkata, pada akhirnya nanti hanya pelakon filem Pulang itu sahaja yang mengetahui takdir hidupnya.

"Orang tak tahu apa yang berlaku, kalau kita nak dengar apa orang kata susahlah. Masyarakat akan bagi pelbagi persepsi.

"Malah saya tak berhutang dengan sesiapa pun untuk beritahu apa yang berlaku.

"At the end of the day diri saya sendiri juga," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan kerjaya, Remy sedang menjalani penggambaran bersama Mira Filzah dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda yang dijadualkan bersiaran bermula Disember 2018.