PELAKON Siti Chubby mengakui pergi ke Melbourne, Australia tiga tahun lalu adalah untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat A Level selain belajar bahasa Inggeris.
Siti atau nama sebenarnya Norfaridah Samsudin, 37 tahun, berkata dia kesal apabila ada pihak mendakwa dirinya cuma ke sana adalah untuk bekerja sebagai seorang pemetik buah.
"Orang kata saya pergi petik buah, menipu orang tetapi secara logiknya buah apa yang ingin saya petik pada musim sejuk?
"Saya pergi ke Australia untuk menyambung pengajian dan bukannya bekerja sebagai pemetik buah.
"Malah saya juga sudah mendapat tawaran daripada sebuah akademi sekitar tahun lalu namun tawaran diterima ketika dia pulang semula ke Malaysia.
"Namun hasrat untuk menyambung pengajian terpaksa dilupakan kerana keadaan ibu yang tidak sihat dan akhirnya meninggal dunia menghalang saya pergi kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga di sini," katanya.
Siti berkata demikian berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Havoc Raya yang diadakan di Sireh Pinang Hall, Cheras Sentral Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
Gempak
Sun May 27 2018

Siti Chubby mengakui pergi ke Melbourne, Australia tiga tahun lalu adalah untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat A Level selain belajar bahasa Inggeris.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

'Saya ke Australia sambung pengajian, bukan petik buah' - Siti Chubby
Pelakon Siti Chubby mengakui pergi ke Melbourne, Australia tiga tahun lalu adalah untuk melanjutkan pengajiaannya di peringkat A Level selain belajar bahasa Inggeris.