TEKA-TEKI tentang entri yang dimuat naik Fasha Sandha dan Jejai pagi tadi akhirnya terjawab apabila Fasha Sandha tampil memberi penjelasan di laman Instagramnya, kira-kira jam 3 petang tadi.

Menerusi entri tersebut, Fasha menjelaskan dia dan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai tidak rujuk, sebaliknya berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes-kes mereka di mahkamah termasuk hak penjagaan.

Fasha juga meluahkan rasa gembira dengan komen positif yang ditinggalkan pengikutnya di semua laman sosial mengenai dirinya dan Jejai.

Assalamualaikum, Buat followers kesayangan . Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal. Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK. Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes2 termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak2 saya. Saya harap perkara ini jelas. . Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik2 buat saya dan anak-anak. . Juga terima kasih buat Peguam terbaik saya Tuan Zulkifli Yong Azmi & Co. Terima kasih juga kepada Tuan Badri Hj Idris (peguam Rizal) Syukur Alhamdulillah Terima kasih. #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Sementara itu, mStar Online melaporkan Fasha dan Jejai hadir ke mahkamah bersama pada pukul 10 pagi dan kelihatan ceria.

Mereka berdamai secara baik dengan menyelesaikan dua kes mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Fasha, 33, menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Rizal atau Jejai bagi menghalangnya daripada mengganggu aktres itu pada Mac lalu.

Pelakon drama Lara Aishah itu juga menarik balik kes berhubung pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor apabila Jejai didakwa gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Jejai juga menarik balik kes komital berhubung hak lawatan kedua-dua anak mereka dan juga beberapa kenyataan yang dikeluarkan Fasha berkaitan keluarga kepada umum di media sosial.

Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu.

Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong manakala Jejai diwakili Ahmad Badri Idris.

Pasangan itu yang Mereka berkahwin pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun.

Foto: Instagram Fasha Sandha