KUALA LUMPUR: Selebriti media sosial, Ryzal Duriankimchi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya selepas menerima kecaman netizen susulan tindakannya yang menghina pakaian tradisi Iban pada Rabu.
Menerusi kapsyennya, dia mengaku tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan dia bertanggungjawab atas tutur kata dalam gurauan tersebut.
“Sebenarnya penjelasan saya di sini, saya hanya bergurau dengan Maryam (isteri), waktu itu Maryam memakai pakaian tradisional Iban ketika rakaman untuk penggambaran.
“Saya memohon maaf kepada semua rakyat Sarawak dan juga rakyat Malaysia tetapi khususnya untuk kaum Iban kerana saya telah mencemarkan salah satu khazanah yang ada, yang korang simpan sampai sekarang,” katanya.
Antara lain, dia juga memohon agar perkara itu tidak diperbesarkan kerana sememangnya dia tidak berniat untuk menghina busana tradisi tersebut.
“Saya mohon jangan perbesarkan kes ini kerana saya tiada niat untuk menghina, menjatuhkan budaya masyarakat Iban.
“Saya juga berharap agar tiada isu berkaitan dengan apa yang berlaku melibatkan bayi yang dikandung oleh Maryam ketika ini,” tambahnya.
BACA: NGO Dayak gesa SKMM siasat video Ryzal Duriankimchi hina pakaian tradisi Iban
Selain itu, perkara itu juga berlaku di luar jangkaannya dan hanya untuk gurauan semata-mata serta tiada niat untuk meraih populariti.
“Ini bukan untuk tujuan marketing, memang tiada plan langsung dan perkara itu hanya gurauan seperti yang kami sering lakukan di rumah.
‘’Kepada anda yang menonton video tersebut, saya tidak menghina, saya hanya bergurau, ada perbezaan menghina dan bergurau kemungkinan pada kaum Iban menganggap ia sebagai satu penghinaan.
“Namun bagi saya dan Maryam, kami hanya bergurau, dan sekali lagi kami memohon maaf atas gurauan tersebut,’’ ujarnya lagi.
Pada Rabu, Ryzal menerima kecaman di laman media sosial akibat daripada tindakannya yang melabelkan beberapa bahagian pada busana tradisional masyarakat Iban sebagai kain buruk, alas TV dan tali pinggang pengakap.
Ketika kejadian, isterinya, Maryam You Narae, sedang mengenakan busana itu untuk penggambaran satu program.
Astro Awani
Thu May 27 2021

Antara lain, dia juga memohon agar perkara itu tidak diperbesarkan kerana sememangnya dia tidak berniat untuk menghina busana tradisi tersebut. FOTO: Instagram / ryzalibrhm

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

"Saya buat salah" - Ryzal Duriankimchi mohon maaf hina pakaian tradisi Iban
Ryzal Duriankimchi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya selepas menerima kecaman netizen susulan tindakannya yang menghina pakaian tradisi Iban pada Rabu.

NGO Dayak gesa SKMM siasat video Ryzal Duriankimchi hina pakaian tradisi Iban
NGO Dayak gesa SKMM siasat video Ryzal Duriankimchi hina pakaian tradisi Iban.