Penyanyi yang popular dengan lagu Saat Hilang Cintamu, Siti Sarah Raisudin, 30, selamat melahirkan cahaya mata kedua dalam satu pembedahan hari ini.

Isteri kepada pelawak kumpulan Sepahtu, Shuib selamat melahirkan anak perempuan dan nama yang dicadangkan kepada cahaya mata barunya itu adalah Dzakira Talita Zahra.

Sarah Dan Shuib telah diijabkabulkan pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan cahaya matanya yang pertama, Uwais Alqarni pada 4 Disember tahun lalu.

Shuib memaklumkan kelahiran cahaya mata keduanya itu melalui kiriman Twitter: