MEDIA sosial dibanjiri ucapan tahniah kepada pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sejurus selepas mereka selamat diijabkabul hari ini.

Shaheizy dan Syatilla sah bergelar suami isteri ini pada majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman keluarga Syatilla yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Dengan mas kahwin RM10,082 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, Shaheizy menyempurnakan akad nikah hanya dengan sekali lafaz.

Melalui hashtag #SamTilla, rata-rata netizen memuji keserasian pasangan dan keanggunan busana pengantin serta mendoakan kebahagian pasangan tersebut.







Shaheizy Sam 'pengsan'

Netizen turut terhibur dengan gelagat Shaheizy yang sempat berpura-pura pengsan selepas majlis akad nikah sebagai kejutan kepada Syatilla yang turut menyambut hari lahir ke-25 hari ini.




BACA: Perkahwinan Shaheizy Sam-Syatilla Melvin Februari ini ditaja RM25 juta

BACA: Isu foto pra-perkahwinan, Syatilla Melvin enggan layan komen negatif


VIDEO: Teka-teki perkahwinan Shaheizy Sam terjawab