Petronas melancarkan iklan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bertajuk Sampai Hati hari ini.

Iklan berdurasi hampir tujuh minit itu ditulis dan diarahkan oleh Rewan Ishak.

Mengisahkan perhubungan antara abang dan adik yang menyimpan dendam kisah silam, filem iklan itu dibintangi oleh pelakon Beto Kusyairy dan Hafidz Roshdi.

Penggambaran iklan tersebut dibuat di Lenggong, Perak.

Saksikan iklan raya tersebut dengan hashtag #SampaiHati.


Turut dilancarkan pada hari yang sama adalah video di sebalik tabir pembikinan filem iklan tersebut.

Sementara itu, pengarah dan penulis iklan tersebut turut berkongsi beberapa tweet bagi menceritakan kembali pengalamannya terlibat dengan projek tersebut.






Sementara itu, reaksi dari laman sosial dilihat menerima baik iklan tersebut. Walaupun hanya dimuat naik pada 14 Syawal, suasana hari raya tetap dirasai para netizen.
Petronas komen iklan 1
Petronas komen iklan 3Petronas komen iklan 2

Iklan raya Petronas sentiasa dinantikan lantaran ia sering menyelitkan mesej dan pengajaran berguna serta meruntun hati.

Jika dahulu Allahyarham Yasmin Ahmad sering dikaitkan dengan iklan-iklan menarik sempena Hari Raya Aidilfitri dari Petronas, kesinambungan kualitinya masih diteruskan sehingga kini.