Majlis tersebut diraikan bersama 100 orang anak-anak Tahfiz Madrasah Nurul Ilmi di Seksyen 9 Shah Alam, semalam.
Menerusi Instagram Awal, dia memuat naik gambar beserta kapsyen bersama anak-anak tahfiz serta ahli keluarganya.
"Alhamdulillah, Majlis Tahlil dan doa selamat bersempena hari lahir @laralana dan Awal bersama 100 anak-anak Tahfiz Madrasah Nurul Ilmi, Seksyen 9, Shah Alam selesai dijalankan. Terima kasih Mak & Mak Uda, tolong masakkan pulut kuning untuk anak-anak kita," tulis Awal.
Rata-rata netizen mendoakan dan memuji kemuliaan hati Awal kerana berkongsi rezeki dengan anak-anak tahfiz.
"@nonie_eddie : Syabas...alhamdulillah..semoga diberkati Allah SWT."
"@intannasirz : Semoga diberikan rezeki yg luas atas kebaikan yg dh kongsi sama2."
"@reetks : May Allah bless u n ur family with a beautiful heart always adik."
Sebelum ini, isteri kepada Awal Ashaari, Scha Alyahya turut melakukan perkara yang sama apabila memilih untuk meraikan hari lahirnya bersama ibu-ibu tunggal dan anak yatim.