Seperti selebriti yang lain Salman Khan juga berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan.

Aktor itu ingin membuka rangkaian restoran serta hospital.

Menurut Salman dia membuka perniagaan bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya ingin beramal.

Mahu memulakan perniagaan di Mumbai keuntungan yang diperolehi akan digunakan untuk membina hospital.

Salman yang turut mengendalikan organisasi amal "Being Human" bercadang membantu dari segi pendidikan dan kesihatan.

Ingin menggunakan nama sama di restoran dan hospital, "Being Human" juga merupakan jenama pakaian dan aksesori miliknya.

Akui bukan senang untuk mengendalikan bisnes sebegini, Salman bersyukur kerana mendapat sokongan penderma besar.

Salman kini sibuk dengan tiga buah filem iaitu ‘Radhe’, ‘Kick’ dan ‘No Entry Mein Entry’.