PELAKON Saharul Ridzwan dan bakal isterinya yang dikenali sebagai Deena Emir bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 16 September ini di Putrajaya.
Astro Gempak telah menerima kiriman kad undangan perkahwinan pelakon itu tersebut menerusi aplikasi Whatsapp pada petang Rabu, sekaligus menjawab teka-teki mengenai tarikh perkahwinan aktor tersebut.
BACA JUGA: 'Keperibadian Hafiz buat saya terbuka hati untuk menerima kehadiran lelaki' - Farah Fauzana
Sebelum ini Saharul lebih selesa mendiamkan diri mengenai identiti bakal isterinya, namun selepas menerima kad undangan itu, Astro Gempak membuat carian di laman sosial Intagram dan mendapati wanita tersebut merupakan ‘insta famous’ yang memiliki seramai 62 ribu pengikut.
Deena Emir juga merupakan usahawan atas talian yang juga pemilik Wrap Boutique House.
Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, dan bakal isterinya Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, bakal diadakan di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.
Sebelum ini Astro Gempak pernah mendedahkan tentang tarikh perkahwinan Saharul menerusi ruangan Miss K.
Saharul Ridzwan Bakal Nikah 16 September?
Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Saharul dan Deena, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan lupa hantar kad undangan rasmi kepada kami ya!