EMPAT tahun lalu, tidak siapa menduga sebuah drama berunsur komedi akan mendapat perhatian dan popular.
Tetapi sejarah membuktikan, drama "Pok Ya Cong Codei" (PYCC) arahan Sabri Yunus mendapat sambutan dan meniti di bibir masyarakat.
PYCC ditayangkan di Astro Citra pada 20 Januari 2018.
Watak utama, Pok Ya - seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugas mencari anak seorang Datuk yang kononnya dilarikan lelaki – dilakonkan oleh Sabri sendiri.
Di Kelantan, watak seperti Pok Ya itu memang wujud malah perkataan 'Cong Codei' pernah menjadi bualan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang satu masa dahulu.
PYCC tular dan popular hingga ada peminat-peminat yang menghasilkan lukisan watak utama tersebut.
Himpunan karya-karya peminat PYCC itu kemudiannya dibukukan oleh Institut Terjemahan & Buku Negara (ITBM) dengan judul Pok Ya Cong Codei (Kompilasi Fan Art).
Bukan setakat itu, ada juga yang menghasilkan t-shirt dengan wajah PYCC untuk dijual dan seterusnya dimiliki oleh peminat drama tersebut.
Sudah agak lama sesebuah drama atau filem yang dihargai peminat seperti dilakukan terhadap PYCC. Itulah kelebihan PYCC, sebuah drama antiklise filem gangster Malaysia.
PYCC adalah sebuah drama atau filem yang tidak dibuat-buat, kata pengarah tersohor U-Wei HajiSaari.
PYCC bukan komedi tetapi sebuah drama yang mempunyai sense of humor.
Filem-filem gengster yang dihasilkan di negara ini selalunya lebih merupakan gambaran palsu yang direka tentang dunia kongsi gelap dan samseng.
Kata U-Wei lagi, menerusi PYCC, Sabri telah memberi nafas baharu kepada drama tempatan, ketika mana ramai pengarah dan penerbit yang lebih suka kepada kisah cinta dan kehidupan orang kaya yang tidak berpijak di bumi nyata.
Pok Ya bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihormati serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar 'gedebe' yang sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.
Bagi pengarah filem "Mencari Rahmat", Al-Jafree Md Yusop, PYCC antara telefilem terbaik pernah dibuat di Malaysia.
Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihormati dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya.
Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.
Pok Ya tidak bercakap menjerit-jerit dengan pelat cina dan ber’lu gua’. Pok Ya tetap dengan dialek Kelantan walaupun berada di Kuala Lumpur.
Pok Ya gedebe atau ketua samseng, dan dalam drama ini ditunjukkan sifat sebenar ketua samseng yang tenang, tidak perlu melompat ke atas meja untuk menunjukkan dia samseng.
Tidak, itu bukan PYCC, itu filem gangster kebudak-budakan yang dihasilkan orang lain di negara ini.
PYCC tidak memerlukan itu semua.
Pok Ya bukanlah kaki gaduh yang hanya tahu mahu mengamuk dan marah-marah, sebaliknya Pok Ya menyelesaikan masalah.
Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gengster yang hanya tahu bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yang tidak setuju dengannya.
Pok Ya sanggup meminta maaf bila dia sedar bersikap kurang ajar ketika cuba meminta bantuan seorang lelaki berkaki palsu.
Malah menerusi PYCC juga, Sabri menunjukkan sisi naif seorang gedebe dalam hidup sehariannya.
Pok Ya juga mempunyai sikap mulia, memberikan wang berjumlah RM40,000 yang sepatutnya menjadi upah untuk dia kepada orang lain yang sedang menghadapi masalah.
Dalam drama itu, Sabri juga memberitahu penonton, sehebat mana pun seseorang, dia tetap memerlukan orang lain untuk membantu dalam banyak perkara.
Contohnya, Pok Ya perlu menunggu Halim dan Sero tiba untuk memesan makanan kerana dia tidak tahu menggunakan khidmat pesanan dari bilik hotel.
Menerusi sisi naif Pok Ya inilah penonton akan ketawa, biarpun tidak memahami dialog dalam loghat Kelantan.
PYCC juga membuktikan watak utama tidak semestinya perlu diserahkan kepada pelakon muda dan kacak semata-mata.
PYCC juga bukan hanya melihat seorang gedebe tetapi turut mengangkat budaya masyarakat Kelantan secara lebih autentik.
Pok Ya juga digambarkan sebagai satu sosok yang mempunyai prinsip dan sangat komited dengan tugas yang telah dipersetujui.
Menurut Sabri, Pok Ya adalah gabungan enam watak atau individu yang pernah dikenali. Semua enam individu itu adalah gedebe yang pernah Sabri kenali.
Namun nama Pok Ya Sabri dedikasi kepada seorang teman lama yang telah kembali ke rahmat Allah. Kata Sabri, teman inilah yang membawa beliau ke dunia dikir barat.
********************************
LAHIR pada tahun 1961 di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan. Anak ketiga daripada tujuh beradik.
Ayahnya seorang Tok Penghulu dan juga tukang gunting rambut, manakala maknya pula suri rumah sepenuh masa.
Sabri membesar dan bersekolah di Kelantan sebelum membuat keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur selepas mendapat tawaran kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Sabri juga sangat meminati seni budaya terutama dari Kelantan. Seni dikir barat contohnya amat dekat dengan Sabri biarpun menjadi tok jogho dikir barat selepas sudah berhijrah ke Kuala Lumpur.
Bukan hanya seni budaya Kelantan, Sabri memahami tentang budaya orang Melayu; faham apa masalah dan sikap orang Melayu. Sebab itu setiap karyanya mempunyai sentuhan tersendiri.
Di DBP, Sabri diberi tugas sebagai pereka grafik. Berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di DBP membuka peluang kepada Sabri untuk berkenalan dengan lebih ramai aktivis-aktivis seni.
Di DBP jugalah, Sabri mula aktif dengan dunia teater dan bakatnya mula dikesan apabila mula diberi watak Pak Hasan Muda atau Tok Selampit menerusi teater "Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman" arahan Tan Sri Johan Jaaffar.
Seniman sejati karya-karyanya sentiasa dekat dengan masyarakat. Begitu juga Sabri, karya-karyanya, baik menerusi filem atau drama sering menyentuh kisah di sekeliling masyarakat.
U-Wei menganggap Sabri sebagai seorang yang sensitif (begitulah sikap seorang seniman), yang sering mengambil kisah-kisah kecil yang besar ceritanya.
Sama seperti PYCC, bagi orang lain ia cuma kisah kecil tetapi Sabri mampu menjadikan kisah kecil Pok Ya itu menjadi sebuah cerita yang besar.
Mampu menyinggung masyarakat dalam watak dan kisah dalam PYCC. Berbeza dengan pengarah lain (tidak semua) yang mengambil kisah-kisah besar yang kecil ceritanya.
Seperti kata Al-Jafree, karya karya Sabri sangat dekat dengan Masyarakat. Sesuatu yang susah kita untuk lihat sekarang sebab banyak pengkarya sibuk mahu jadi 'orang lain'.
Sabri tidak berusaha menjadi ‘orang lain’ dalam karyanya kerana dia sedar menjadi diri sendiri lebih bermakna kepada diri kesenimannya.
Sebagai pelakon, Sabri tidak pernah gagal memberikan impak dalam watak yang dibawakan. Patah balik ke sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu", mereka yang membesar di era sitkom popular itu tidak akan melupakan watak Wan Ismail Golok yang dibawa oleh Sabri.
Selepas beberapa tahun dikenali dengan nama Wan Ismail Golok, ke mana-mana Sabri pergi, ada yang memanggilnya Wan Ismail Golok.
Tahun 2018, Wan Ismail Golok dilupakan, ke mana-mana Sabri pergi ramai yang memanggilnya Pok Ya seolah-oleh itulah nama sebenarnya.
Seperti Wan Ismail Golok, Pok Ya juga merupakan karakter lelaki dari Kelantan yang mempunyai sifat tersendiri.
Dilihat garang tetapi sebenarnya mudah diajak berbincang namun tegas apabila sudah ada satu keputusan yang dirasakan betul.
********************************
MEMEGANG empat watak sekali gus mengarah bukan satu kerja yang mudah. Kerana tidak mudah itulah, Sabri melakukannya untuk drama bersiri berjudul "4 Abdul 1 Mohd" yang disiarkan di Astro Ria baru-baru ini.
Seniman ini sentiasa berusaha memberi lebih buat penonton. Untuk drama 12 episod yang di Astro Ria baru-baru ini, Sabri membawakan watak Abdul Jabar, Abdul Somad, Abdul Wasit dan Abdul Hakim di mana setiap Abdul berbeza dialek dan karakter.
Bukan hanya memegang empat watak dan mengarah, menerusi "4 Abdul 1 Mohd" juga buat pertama kali Sabri bertindak sebagai penerbit dengan syarikatnya sendiri Porcupine Production dan bekerjasama dengan Heritage Movies.
Sabri muncul sebagai Abdul Jabar, seorang bapa yang mempunyai banyak harta namun tidak pernah bertemu tiga anaknya. Watak ini Sabri menggunakan dialek Kelantan.
Selain Abdul Jabar, Sabri memegang watak Abdul Somad, anak pertama Abdul Jabar dan menggunakan dialek Terengganu. Selain Abdul Somad, Sabri juga memegang watak Abdul Hakim yang menggunakan dialek Indonesia dan Abdul Wasit dengan dialek Pahang.
Abdul Wasit seorang yang lembam. Untuk watak itu, Sabri seorang pengarah perlu mengubah dirinya menjadi Abdul Wasit dengan dialek Kelantan dalam tempoh yang singkat.
"4 Abdul dan 1 Mohd" bukan hanya sekadar drama bersiri yang mahu menonjolkan kehebatan Sabri sebagai seorang pengarah dan memegang empat watak.
Seperti drama-dramanya sebelum ini, "4 Abdul 1 Mohd" juga menyinggung kisah sekeliling kita, tentang dendam dan sikap tidak jujur seseorang kepada orang lain yang telah membantu.
Sama seperti dalam telemovie "Panjat Tujuh", Sabri menyindir sikap sesetengah orang Melayu yang sanggup melakukan perkara yang ditegah agama untuk mencapai matlamatnya.
Menerusi drama ini, dikisahkan bagaimana seorang pemuda sanggup menggunakan kaedah yang bertentangan dengan agama semata-mata untuk mendapatkan gadis yang disukai bagi dijadikan isteri.
*********************************
EMPAT tahun sudah berlalu, Sabri sudah menyiapkan kesinambungan PYCC.
Selepas PYCC, "Siti di Hati" yang merupakan kesinambungan PYCC disiarkan.
Penonton menunggu lama untuk mengetahui apa kesudahannya Pok Ya dan isterinya Siti yang melarikan diri.
Dalam "PYCC Siti Di Hati", Pok Ya berkahwin dengan Senah, anak Mamat Kertuk – anak kawan baik Pok Ya Sendiri - namun jodoh tidak panjang.
Dalam fikiran Pok Ya masih ada Siti, masih teringat nasi kerabu yang dimasak Siti.
PYCC memang dinantikan peminat-peminatnya. Sejak meletup empat tahun lalu, ramai yang menantikan kesinambungan PYCC.
Apatah lagi bila Bidan Jenab memberitahu Pok Ya kemungkinan Siti berbadan dua di akhir "PYCC Siti Di Hati".
Ketika PYCC trending dan tular, populariti Sabri juga mencanak naik hingga ada dibuat majlis Hi-Tea di hotel untuk peminat melihat sosok yang memegang peranan Pok Ya ini dari dekat.
Biarpun dikenakan bayaran, tiket untuk majlis bersama Sabri habis dijual.
Kegilaan terhadap PYCC ini sangat berbeza dengan drama-drama lain. Biarpun dua kali Astro menyiarkan drama ini, namun masih ada yang tidak puas menonton hingga terdapat pihak lain yang mencari keuntungan dengan mengeluarkan DVD cetak rompak.
Jualan DVD cetak rompak PYCC mendapat sambutan hingga terjual seribu naskah dalam masa seminggu.
Walaupun ia jualan cetak rompak yang tidak sepatutnya dibanggakan, tetapi untuk sebuah drama yang menggunakan dialek Kelantan, ini boleh dikatakan sesuatu yang boleh diraikan.
Kini, selepas empat tahun, Sabri kembali dengan drama 16 episod "PYCC Memburu Siti" yang akan ditayangkan di Astro Ria bermula 21 Mac jam 11 malam.
Sekiranya sebelum ini, dua drama PYCC diterbitkan oleh Balang Rimbun, kali ini untuk drama bersiri ini ia diterbitkan oleh Porcupine Production, milik Sabri sendiri.
Selepas drama bersiri, mungkin PYCC akan hadir ke layer perak dan pementasan teater. Hanya masa menentukannya.
Yang pasti selepas "PYCC Memburu Siti", Sabri akan hadir dengan naskhah "Gadis Pasir Mas".
Dan ketika ini, Sabri sedang di lokasi, mengarahkan siri yang diberi judul "Bukan Pi Mai-Pi Mai" yang membariskan sebahagian besar pelakon-pelakon sitkom "Pi Mai- Pi Mai Tang Tu" yang pernah popular satu ketika dahulu.
Irwan Muhammad Zain
Sat Mar 19 2022
Selepas empat tahun, Sabri kembali dengan drama 16 episod "PYCC Memburu Siti" yang akan ditayangkan di Astro RIA bermula 21 Mac jam 11 malam. -Gambar ihsan Sabri Yunus.
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Cukai taksiran turun 0.25 hingga 2 peratus ikut jenis bangunan - Datuk Bandar Ipoh
Sebahagian besar cukai taksiran dalam kawasan pentadbiran MBI telah turun sebanyak 0.25 peratus hingga dua peratus mengikut jenis bangunan.
KLWBC2020: Membaca buku hidup Sabri Yunus
Sabri meninggalkan kampung halaman pada 1982 lalu menuju Kuala Lumpur. Dirinya ingin menjadi seseorang; melangkaui 'title' seniman kampung.
COVID-19: Contohi negara Eropah bantu industri filem pasca PKP - Penggiat filem
Kerajaan memainkan peranan penting membangun semula industri ini yang terjejas teruk.
MB Perak tunjuk bakat berlakon filem
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya berlakon satu babak dan penggambaran dijalankan di Taiping yang mengambil masa hanya satu jam.
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar
Novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang pernah diangkat ke pentas kini dipindahkan pula ke televisyen.