Dalam usaha menjadi saluran berita 24 jam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memulakan lembaran baharu 2016 dengan melakukan banyak pembaharuan siaran TV, termasuk menambah masa siaran langsung berita dari Sabah dan Sarawak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata bagi inisiatif itu, RTM akan menambah jajaran berita Berita Ehwal Semasa 1 (BES1) pada sebelah pagi dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi dengan Berita Nasional 7 selama sejam diikuti 'Selamat Pagi Malaysia' sehingga 10 pagi.
"Berita Nasional 7 pagi akan menambah masa siaran untuk laporan lintas langsung dari Sabah dan Sarawak kepada 15 minit untuk setiap negeri setiap hari, berbanding hanya 10 minit pada masa kini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai pengisian bahan dari Sabah dan Sarawak, Salleh berkata, penambahan kandungan berita termasuklah laporan aktiviti dan program yang dijalankan di seluruh negeri, laporan susulan peristiwa, isu atau pengumuman kerajaan serta laporan khas.
Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi, beliau berkata siaran berita akan memberi tumpuan kepada maklumat mengenai pilihan raya serta profil setiap kawasan yang ditandingi.
Bagi Sabah pula, Salleh berkata, RTM akan membawakan laporan pelbagai aktiviti atau isu di setiap kawasan serta mengenai keselamatan melibatkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa.
"Berita Nasional 5 yang bersiaran selama sejam dari pukul 5 petang pula membawa laporan langsung dari empat negeri setiap hari yang akan memberi tumpuan kepada isu semasa di negeri berkenaan," katanya.
Empat negeri berkenaan ialah Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan satu negeri lain secara giliran.
Pada 1 Sept tahun lepas, RTM memulakan jajaran berita BES 5-10 bermula 5 petang sehingga 10 malam dengan pengisiannya termasuk siaran berita semasa, berita utama, program berbentuk majalah dan Bicarawara.
Bernama
Fri Jan 01 2016

RTM akan membawakan laporan pelbagai aktiviti atau isu di setiap kawasan serta mengenai keselamatan melibatkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

RTM lakukan pembaharuan siaran TV, tambah masa berita dari Sabah, Sarawak - Salleh
Dalam usaha menjadi saluran berita 24 jam, RTM memulakan lembaran baharu 2016 dengan melakukan banyak pembaharuan siaran TV, termasuk menambah masa siaran langsung berita dari Sabah dan Sarawak.