SEORANG ratu cantik dari Puerto Rico dilucutkan gelarannya setelah tidak memberi kerjasama penuh dengan sebuah akhbar tempatan.
Lapor The Telegraph, Kristhielee Caride yang memenangi pertandingan Miss Puerto Rico 2016 pada November 2015, berkata beliau tidak suka beraksi di hadapan kamera.
Tindakan dan kenyataan Caride dikritik pihak penganjur Miss Universe Puerto Rico dan mengambil keputusan untuk memecat Caride.
Pengarah organisasi tersebut Desiree Lowry berkata seorang ratu cantik harus sentiasa bersedia berada di hadapan kamera dan akan ditanyakan pelbagai soalan.
Lowry berkata Caride tidak pernah memohon maaf atas insiden berkenaan, dan Caride berkata beliau mengalami masalah peribadi.
Selain itu, Caride dilaporkan membatalkan penampilan khas yang telah diatur kerana mempunyai temu janji bersama doktor.
Sementara itu, Caride dalam satu kenyataan yang dimuat di Facebook memohon maaf kepada para peminatnya.
Beliau turut berkata, beliau memenuhi segala komitmen ketika bergelar Miss Universe Puerto Rico.
“Beberapa hari lepas saya mengalami masalah peribadi namun saya memberikan kerjasama penuh atas tugasan yang diberi.
“Saya mengambil gambar ketika majlis, dan bukan seperti yang dilaporkan beberapa media sebelum ini,” jelasnya di Facebook.
Beliau akur dengan keputusan itu walaupun tidak bersetuju dengan pihak Miss Universe Puerto Rico.
Tempat Caride akan digantikan oleh pemenang tempat kedua Brenda Jimenez yang akan mewakili Puerto Rico di pentas Miss Universe 2016.
Syafique Shuib
Sat Mar 19 2016
Tindakan dan kenyataan Kristhielee Caride dikritik oleh pihak penganjur Miss Universe Puerto Rico.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Rimas dengan kamera, Miss Universe Puerto Rico dilucut gelaran
Seorang ratu cantik dari Puerto Rico dilucut gelarannya setelah tidak memberi kerjasama penuh dengan sebuah akhbar tempatan dan berkata beliau rimas beraksi di hadapan kamera.