Bintang R&B kelahiran Barbados Rihanna berjaya mengungguli tangga teratas carta lagu Billboard 100, Amerika Syarikat menerusi singlenya “Diamonds’.

Ini kali ke 12 Rihanna berjaya melakukannya sekaligus menyamai rekod Madonna dan Kumpulan The Supremes.

Hanya Michael Jackson, Mariah Carey dan The Beatles mempunyai lagu hit melebihi Rihanna.

"Diamonds" adalah petikan daripada album terbaharu Rihanna, “Unapologetic’.

Ini adalah album ke tujuh penyanyi itu.

Album itu juga dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengungguli carta Album Billboard 200 minggu hadapan.

Rihanna baru sahaja menamatkan konsert jelajah mininya ke 7 negara.