REV Asia, salah sebuah kumpulan media digital terkemuka di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikatnya telah menandatangani perjanjian bersama M Driven Sdn Bhd untuk membeli laman web hiburan Melayu popular, OHBULAN! dan domainnya iaitu www.ohbulan.com.
OHBULAN! adalah salah satu laman berita & sumber maklumat hiburan terulung di Malaysia, dengan fokus berita menyeliputi berita hiburan di Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Hollywood.
Menurut penganalisis Internet seperti comScore, Alexa dan Effective Measure, OHBULAN! secara konsistennya telah tersenarai dalam Top 20 laman web paling kerap dilawati oleh pengguna Internet Malaysia.
Google Analytics melaporkan, pada bulan Ogos 2014 sahaja, sebanyak 9.58 juta pageviews dan 484,000 pelawat unik telah membuka dan membaca kandungan berita di laman web OHBULAN!
Pengambilalihan ini merupakan langkah pertama REV Asia untuk menembusi segmen pasaran bahasa Melayu.
Ia juga sebagai penanda aras kepada peluang lebih besar untuk mendominasi kandungan hiburan yang dimonopoli oleh pembaca Melayu.
Difahamkan, kumpulan redaksi OHBULAN! akan terus menguruskan laman web dan memperkukuhkan lagi kandungannya melalui struktur operasi semasa REV Asia.
Voon Tze Khay, Pengarah Urusan REV Asia mengulas: “OHBULAN! adalah salah satu portal hiburan Melayu terbesar di Malaysia, dan mempunyai peluang cerah untuk terus berkembang. Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan OHBULAN! dan membawa bisnes yang sedia maju ini ke peringkat seterusnya.
"Pengambilalihan ini juga membawa REV Asia selangkah lebih dekat dengan visi kami untuk menjadi Kumpulan Media Digital Tempatan No. 1 di Malaysia pada tahun 2015. Manakala, kandungan tajaan dan sebarang pengiklanan dalam OHBULAN! akan dipertingkatkan lagi menerusi pemasaran media sosial sedia ada REV Asia.”
Sementara itu, Hafriz Zulpakar, pengasas bersama dan Pengarang Urusan OHBULAN! mengulas: “OHBULAN! secara khusus sentiasa menyediakan pelbagai kandungan hiburan berbahasa Melayu bagi menarik minat dan kehendak pembaca kami yang sofistikated. Pengambilalihan ini memberi kami peluang baru untuk menyampaikan berita yang lebih baik dan menarik kepada pembaca pada masa akan datang.
"Dengan jumlah 484,000 pelawat pada bulan Ogos 2014 dan semakin meningkat, kami percaya penggabungan antara kandungan tempatan dan infrastruktur sosial dalam REV Asia mampu membantu kami menerajui pasaran yang lebih meluas.”
Media Statement
Wed Sep 24 2014
Portal OhBulan! menerima 484,000 pelawat pada bulan Ogos 2014 dan semakin meningkat.
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kenangan bersama A. Ali akan dihargai sampai bila-bila - M. Nasir
Bagi M. Nasir, banyak kisah pahi manis yang dilalui bersama A. Ali sepanjang bersama Kembara yang akan beliau hargai sampai bila-bila.
REV Asia ambil alih laman portal hiburan 'OhBulan!'
REV Asia telah menandatangani perjanjian bersama M Driven Sdn Bhd untuk membeli laman web hiburan Melayu popular, OHBULAN!