NAMA pelakon terkenal Korea, Park Bo Gum hangat diperkatakan netizen kerana didakwa merupakan punca penceraian Song Song Couple (Song Joong Ki dan Song Hye Kyo).
Spekulasi itu mula timbul apabila netizen mendakwa Hye Kyo dan Bo Gum mungkin mempunyai hubungan setelah sama-sama terlibat dalam berjudul Encounter.
Bagaimanapun agensi Bo Gum, Blossom Entertainment menafikan perkara tersebut dalam satu kenyataan rasmi kepada media.
“Nampaknya spekulasi ini timbul disebabkan Bo Gum dan Hye Kyo bergandingan dalam drama tersebut.
“Perkara itu tidak benar sama sekali dan gosip itu juga mengarut.
“Bo Gum merupakan junior Joong Ki dan mereka berada dalam agensi yang sama.
“Kami telah berbincang dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah tersebut,” jelasnya tegas.
BACA: Song Joong Ki failkan penceraian terhadap Song Hye Kyo
Terdahulu, Song Joong Ki telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo hari ini dan berita itu ternyata mengejutkan peminat mereka di seluruh dunia.
Pasangan yang dikenali sebagai Song Song Couple ini telah berkahwin pada 31 Oktober 2017.
Sumber: Soompi / Koreaboo
Gempak
Fri Jun 28 2019
Spekulasi itu mula timbul apabila netizen mendakwa Hye Kyo dan Bo Gum mungkin mempunyai hubungan setelah sama-sama terlibat dalam berjudul Encounter.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
Retaknya Song-Song Couple: 'Mengarut!' - Park Bo Gum jawab tuduhan jadi punca penceraian
Ahhh sudah nama Park Bo Gum pula kena.