SELEPAS memegang rekod lagu teratas paling lama di Billboard Hot 100, bintang pop diva Mariah Carey akhirnya akur melepaskan takhta yang dipegangnya selama 24 tahun.
Penguasaan carta Carey berakhir pada Selasa dan artis popular itu mengucapkan tahniah kepada penyanyi rap CowBoy, Lil Nas X setelah dia berjaya memecahkan rekod peribadi melalui lagu hit berjudul “Old Town Road.”
Lagu hit bergenre “Country-Trap” itu berjaya mengungguli carta Billboard untuk 17 minggu berturut-turut, memecahkan rekod dipegang Carey dan Boyz II Men melalui lagu hit “One Sweet Day” pada 1995, serta lagu “Despacito ” yang dinyanyikan Luis Fonsi, Daddy Yankee bersama Justin Bieber yang terikat dengan rekod sama (17 minggu dalam carta).
Sejurus mendengar khabar itu, Carey menerusi Twitter memuat naik sebuah foto berserta ucapan tahniah kepada penyanyi rap berusia 20 tahun itu.
Menariknya, gambar yang dimuat naik Carey itu turut mencuit hati orang ramai kerana ia menunjukkan Carey memegang obor dan ingin menyerahkan kepada Lil Nas X yang nama sebenarnya ialah Montero Lamar Hill.
"Menitip sayang & ucapan tahniah buat @LilNasX kerana berjaya memecahkan rekod lagu teratas paling lama dalam sejarah muzik!" tulis Carey.
"Kami bangga berjaya memegang rekod melalui lagu yang sangat bermakna kepada @BoyzIIMen dan saya sendiri serta ramai yang lain,” tambahnya.
Malah di Instagram, Carey mengeluarkan satu kenyataan tambahan dengan mendedahkan bahawa lagunya itu amat istimewa buatnya.
"Lagu One Sweet Day akan sentiasa berada di hati saya, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah memberitahu saya bagaimana lagu ini cukup memberi kesan kepada mereka dan orang tersayang," tulisnya.
Untuk makluman, kejayaan dan populariti lagu “Old Town Road” yang dicipta pada Disember 2019 ini dibantu menerusi aplikasi TikTok serta dijadikan runut lagu untuk drama bersiri TV.
Penyanyi rap Lil Nas X mulai berada di bawah label Columbia Records pada bulan Mac 2019, dan tidak lama kemudian mencetuskan sejarah apabila debutnya berada di tangga teratas carta Billboard Hot 100, Hot Country Songs dan carta Hot R&B/Hip-Hop.
Afiq Ariffin
Tue Jul 30 2019
Mariah Carey (kanan) memuat naik sebuah foto berserta ucapan tahniah kepada penyanyi rap Lil Nas X. -Foto Reuters
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
"Tak pernah terbayang" - Ernie Zakri hiasi papan iklan di Times Square New York
Penyanyi Ernie Zakri terus membanggakan negara selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.
Dituduh perli Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito beri penjelasan komen "the knives are out"
Segalanya bermula apabila produser muzik, JD mempersoalkan sama ada artis-artis yang wajah mereka terpampang di billboard Times Square di New York pernah membuat persembahan di kota tersebut.
Kucing bersaiz 154.5 meter persegi peneman orang awam lalu-lalang di Shinjuku
Sebuah papan tanda iklan yang bersaiz 1,664 kaki persegi di daerah Shinjuku, Tokyo memaparkan seekor kucing 3D yang seakan-akan nyata.
Idea kreatif 'billboard' ala poster PRU jadi perhatian
Di Kuantan, sebuah iklan billboard ala-ala pilihan raya umum yang digunakan untuk mempromosi perkhidmatan membaiki komputer riba, mendapat perhatian ramai.
Papan iklan unik Dairy Champ jadi perbualan
Keunikan yang dipaparkan pada papan iklan itu mengundang pelbagai pendapat dari netizen.
Taylor Swift lakar sejarah Billboard
Taylor Swift muncul penyanyi pertama merampas takhtanya sendiri di Billboard.