Berita gembira itu dikongsi Ilya menerusi rakaman video di akaun Instagram peribadinya semalam.
Menurut Raja Ilya, majlis pernikahannya itu hanya tertutup buat kaum keluarga yang terdekat sahaja.
Ilya turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada peminat-peminat yang mendoakan kebahagiaannya.
Dalam entri itu, pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu turut menunjukkan lokasi majlis perkahwinan yang bakal diadakan.
"This is truly a dream come true, 7hrs I'll be marrying the man who my soul loves, as you know life has not been easy for me, experiencing many challenges over the years.
"But today I thank God that dreams do come true, I found the man who loves me for who I am.
"I am so overwhelmed with excitement and my heart full with joy.
"Thank you for all your prayers, support, encouragement in recent times.
"I am looking forward to sharing our special moments with you guys," tulis Ilya.
Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #wedding #rajailya #twg #perth #australia.
Menerusi ruangan komen rakan artis dan peminat turut menyampaikan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan Ilya dan suami.
Ilya dan pasangannya telah berkenalan selama enam tahun sebelum membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang.