KUALA LUMPUR: Lazimnya selama ini, pertandingan mencungkil bakat yang sering dianjurkan lebih terarah pada mencari penyanyi baharu.
Ini kerana, ramai daripada kalangan rakyat Malaysia begitu mencintai bidang nyanyian dan setiap kali pertandingan dianjurkan, sambutan yang diterima luar biasa.
Bagaimanapun, sebagai kelainan dalam usaha mencari pelapis baharu dalam gelangang muzik tanah air, stesen radio Sinar menganjurkan pertandingan mencipta lagu.
Bekerjasama dengan syarikat rakaman Universal Music Malaysia, apa yang menarik dan uniknya inisiatif ini ialah karya baharu pendengar stesen radio itu bakal dirakamkan oleh penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah
Dikenali sebagai ‘Projek Lagu Dato’ Jamal’ pertandingan ini merupakan kerjasama antara Sinar dengan syarikat rakaman Universal Music Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan stesen radio Sinar, ‘Projek Lagu Dato’ Jamal’ itu akan membuka ruang kepada pendengar-pendengar yang berbakat dalam penciptaan lagu dan lirik menghasilkan karya asli.
Kesemua karya baharu yang dihasilkan pendengar-pendengar Sinar akan dinilai sendiri oleh penghibur yang sangat masyhur dengan lagu-lagu malar segar seperti Kekasih Awal dan Akhir, Ghazal Untuk Rabiah, Sendiri dan banyak lagi.
Kata stesen radio di bawah naungan Astro itu, semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh menghantar karya mereka dalam bentuk rakaman audio beserta lirik yang ditulis sendiri.
“Peminat boleh menyertai pertandingan ini dari 16 hingga 29 Ogos menerusi laman rasmi sinar.my. Karya peserta mestilah asli dan belum pernah diterbitkan,” kata Sinar lagi.
Kesemua karya baharu itu akan didengar dan dilakukan pemilihan sebelum dibawa ke peringkat penilaian akhir.
“Lima peserta akan diseranai pendek ke peringkat penilaian yang akan dikendalikan oleh pihak Jamal Abdillah,” jelas kenyataan itu lagi
Sinar turut memaklumkan, kriteria penjurian akan berdasarkan alunan muzik, kreativiti peserta dalam mencipta lagu serta disokong oleh susunan lirik yang kreatif dan menarik.
Mana-mana karya yang terpilih sebagai juara akan ditawarkan ganjaran wang tunai RM3,000 dan lagu ciptaan itu akan dirakamkan di bawah label Universal Music Malaysia serta dinyanyikan oleh Jamal.
Penjurian akhir pertandingan ini akan diadakan secara langsung menerusi Facebook Live Sinar pada awal September ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari sinar.my atau ikuti Sinar di pelbagai platform media sosial.
Astro Awani
Fri Aug 13 2021
Kesemua karya baharu yang dihasilkan pendengar-pendengar Sinar akan dinilai dan dirakamkan oleh Datuk Jamal Abdillah. - Gambar fail
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah
Datuk Jamal Abdillah berkata peminat muzik tempatan pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.
Konsert 'Divas & Diamonds' bariskan artis Malaysia, Indonesia
Inisiatif konsert itu antara lain sebagai platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.
Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, Zaki Yamani lain pula yang kena tempias. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.
Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.
Keluarga dan sahabat ziarah SM Salim
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.