Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini berkata berdasarkan data terkini Gfk stesen ERA masih kekal radio Bahasa Melayu nombor satu di Malaysia selepas mencatatkan lebih 4.8 juta pendengar diikuti Sinar dengan lebih 4.3 juta pendengar.
Stesen hitz juga kekal menjadi pilihan bagi peminat Bahasa Inggeris di Malaysia selepas merekodkan lebih 2.2 juta pendengar.
Stesen radio vernakular, MY FM turut catat peningkatan jumlah pendengar lebih 2.4 juta dan kekal sebagai radio nombor satu untuk Bahasa Cina.
Gfk merupakan sebuah agensi data bertaraf antarabangsa dalam memastikan statistik jumlah pendengar radio dibuat secara profesional dan teliti.
Tambah Priya, pihaknya akan terus memastikan kandungan disediakan di masa akan datang terus relevan dan menepati citarasa pendengar.
Astro Radio juga optimis dengan kesungguhan ke semua penyampai radio di bawah kendaliannya agar sentiasa berkarya dengan lebih kreatif mengikut stesen radio masing-masing.
Kajian Gfk daripada pengukuran yang tunggal penting untuk sistem pengukuran gabungan, yang menawarkan kebolehpercayaan, keberkesanan serta ketepatan yang hebat untuk industri.
Tujuan tinjauan dan pengukuran Ini membabitkan pacuan keputusan yang lebih bermaklumat dan strategi yang berkesan dalam menjangkau dan melibatkan pelbagai pendengar bersegmen.
Untuk maklumat lanjut mengenai akiviti dan perkembangan terkini Astro Radio boleh layari laman sosial rasmi astroradio.com.my