DARI dua hari lepas kecoh berterbangan khabar angin kononnya pengarah Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa terdekat.
Kontroversi berkenaan tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran.
Walaupun tidak menyatakan nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Pun begitu, sehingga kini masih belum ada kenyataan dari mulut Syamsul sendiri mengenai desas-desus itu.
Malah Syamsul juga dilaporkan tidak menghadiri majlis pratonton filem "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan", dua hari lepas.
Gempak meninjau laman sosial akaun Instagram isterinya, Puteri Sarah Liyana dan didapati pelakon itu sedang sibuk menguruskan kedua-dua anaknya yang jatuh sakit serta dimasukkan ke hospital.
Anaknya Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2, dilaporkan demam panas sejak lima hari lalu sebelum dimasukkan ke hospital.
Dilihat Puteri Sarah yang sedang sibuk menjalani penggambaran terpaksa berkejar lari dari set penggambaran untuk menguruskan anak-anaknya sebelum kembali semua ke set.
Ia mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati melihat keadaan Puteri Sarah yang terpaksa bersusah payah menguruskan anak-anak mereka seorang diri.
Rata-rata mendoakan urusannya dipermudahkan serta tabah menghadapi ujian.
“Walaupun diduga dengan masalah rumah tangga, dia masih mampu berikan yang terbaik,” komen seorang pengikutnya.
“Semoga kuat hadapi dugaan ya,” pinta seorang netizen.
Tidak kurang juga yang berang dengan Syamsul dan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.
“Bapanya patut bawa anaknya ke hospital,” kata seorang lagi warga maya.
“Semoga perampas meninggal dengan cepat,” marah warga net.
Sementara itu, menerusi IG Live Puteri Sarah sebelum ini turut memaklumkan dia tidak mengetahui tentang desas-desus yang suaminya bakal berkahwin lagi.
"Saya tak tahu dan saya pun baru tahu... Minta maaf, saya tak nak ambil tahu pasal kisah lain.
"Saya nak fokuskan pada kerja dan shooting saya ketika ini. Apa nak jadi, jadilah... Allah sentiasa ada, korang (peminat) pun ada dengan saya.
"Syaikhul pun tengah tak sihat. Dia dah tiga hari demam.
"Pagi tadi masa dia bangun tidur, bibir dia berdarah teruk sebab dia tidur bernafas ikut mulut, bibir dia kering sangat dan mata dia bengkak.
"Saya dah takut dan terus bawa ke hospital! Ini kali kedua dia sakit sampai masuk wad.
"Kali pertama dulu ketika dia berusia 8 bulan. Ketika itu dia kena pneumonia. Dia dah lama tak sakit, ini tiba-tiba dia sakit balik," ujarnya.
Rumah tangga Syamsul dan Sarah bergolak selepas mereka dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dan terbaharu pendedahan orang ketiga.
Sekadar info Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 18 2022
![Puteri Sarah fokus anak sakit, enggan ambil tahu gosip Syamsul nak kahwin lagi Puteri Sarah fokus anak sakit, enggan ambil tahu gosip Syamsul nak kahwin lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655519579_syamsulyusofputer.jpg)
Puteri Sarah memaklumkan dia tidak mengetahui tentang desas-desus yang suaminya Syamsul (kiri) bakal berkahwin lagi. -Gempak
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724741777_irakazar.jpg)
Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar
Peguam mewakili pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan anak guamnya sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar.
![Tiada lagi dakwa-dakwa, peguam maklum kes saman Ira Kazar selesai! Tiada lagi dakwa-dakwa, peguam maklum kes saman Ira Kazar selesai!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686816204_TBira.jpg)
Tiada lagi dakwa-dakwa, peguam maklum kes saman Ira Kazar selesai!
Isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai setelah kes perceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof berakhir.
![Syamsul Yusof doakan jodoh, mahu Puteri Sarah bahagia Syamsul Yusof doakan jodoh, mahu Puteri Sarah bahagia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686801322_SyamsulSarah.jpg)
Syamsul Yusof doakan jodoh, mahu Puteri Sarah bahagia
MESKIPUN tidak lagi bersama, pengarah sensasi Syamsul Yusof tetap mendoakan jodoh yang terbaik buat bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana kelak.
![Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686739662_KessamanPuteriSar.jpg)
Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul
Peguam syarie yang mewakili pengarah filem Mat Kilau itu mengesahkan bahawa, isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai.
![Puteri Sarah reda bercerai dengan Syamsul, harap tiada lagi persengketaan Puteri Sarah reda bercerai dengan Syamsul, harap tiada lagi persengketaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686727910_MahkamahSyariahKua.jpg)
Puteri Sarah reda bercerai dengan Syamsul, harap tiada lagi persengketaan
Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, reda apabila dia kini sah sudah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tengah hari tadi.
!['Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof 'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686718883_SyamsulSarah.jpg)
'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof
Kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.
![Puteri Sarah seronok bawa watak perampas suami orang dalam drama Hijrah Jannah Puteri Sarah seronok bawa watak perampas suami orang dalam drama Hijrah Jannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684996884_TBPuteriSarah.jpg)
Puteri Sarah seronok bawa watak perampas suami orang dalam drama Hijrah Jannah
Pelakon Puteri Sarah tidak berfikir panjang apabila pihak produksi menawarkannya untuk memegang watak seorang perampas suami orang dalam siri terbaharu Hijrah Jannah.
![Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679630077_SyamsulYusof.jpg)
Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini
Syamsul dan Puteri Sarah, telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.
![Maaf ibu, saya tidak boleh ceraikan Puteri Sarah - Syamsul Yusof Maaf ibu, saya tidak boleh ceraikan Puteri Sarah - Syamsul Yusof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679606220_TBSyamsulYusof.jpg)
"Maaf ibu, saya tidak boleh ceraikan Puteri Sarah" - Syamsul Yusof
Syamsul sedia maklum hati ibunya terluka, namun, sebagai anak rasa hormat dan sayang pada wanita itu tidak pernah pudar.
![Syamsul Yusof belum sedia bawa anak jumpa Ira Kazar Syamsul Yusof belum sedia bawa anak jumpa Ira Kazar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679563436_SyamsulYusofanak.jpg)
Syamsul Yusof belum sedia bawa anak jumpa Ira Kazar
Dengan situasi yang berlaku antara dia dan isteri pertama, Puteri Sarah ketika ini, ia bukanlah masa sesuai untuk anak-anaknya itu berjumpa dengan Ira.