Menghimpunkan pengalaman penggiat seni muzik tempatan dalam sebuah buku elektronik, #ProjekBuku yang menjadi trending pada hari terakhir tahun 2013 membuka mata banyak pihak.
Selain menarik minat golongan remaja untuk mendekati seni muzik, projek yang diilhamkan oleh Adly Syairi itu juga membuka jalan kepada penggiat bidang seni lain untuk mendokumentasikan pengalaman mereka.
#ProjekWayang antara projek buku terbaru yang bakal direalisasikan tidak lama lagi, menghimpunkan pengalaman pembikin filem generasi baru dalam pelbagai media.
Turut dicadangkan adalah menerbitkan buku elektronik itu dalam format buku fizikal.
#ProjekBuku bercerita mengenai pelbagai topik daripada cara menubuhkan sebuah band, menulis lagu, menggubah lagu, pemasaran, rakaman, bagaimana mendapatkan lagu disiarkan di radio, etika wawancara, penggunaan media sosial dan banyak lagi.
Setebal 434 halaman, #ProjekBuku boleh dimuat turun secara percuma di www.the-wknd.com.
Ikuti wawancara Agenda AWANI bersama pengilham Adly Syairi dan penulis, Mohd Jayzuan.
Muzaffar Mustapa
Sun Jan 05 2014
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
#ProjekBuku rintis jalan untuk penggiat seni bidang lain
#ProjekBuku merintis jalan baru kepada penggiat seni dari bidang lain untuk mendokumentasi pengalaman dan ilmu seni penggiat kepada peminat.
#ProjekBuku dokumentasi muzik Malaysia diedar secara percuma
#ProjekBuku, kompilasi buku yang menghimpunkan pengalaman dan pandangan 69 individu dalam muzik Malaysia dilancarkan kepada umum hari ini.