KUALA LUMPUR: Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.
Angka terbaharu itu menjadikan filem arahan Syafiq Yusof, terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.
Lebih menarik, kutipan itu juga sekali gus mengetepikan francais besar antarabangsa yang pernah mendominasi kutipan tertinggi di pawagam tanah air.
BACA: Polis Evo 3 muncul filem nombor satu negara
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad turut melahirkan rasa amat berbesar hati atas pencapaian luar biasa Polis Evo 3 setakat ini.
Menurutnya, meskipun banyak filem baharu dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, namun karya tempatan masih mampu memberi saingan sengit.
“Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton, merekalah faktor utama dalam gelombang fenomena Polis Evo 3.
“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pawagam yang banyak beri sokongan, kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan meluas serta semua penonton Polis Evo 3 seluruh Malaysia.
BACA: #PE3: Cuma 100 unit untuk direbut, bawa pulang figurine Polis Evo 3 anda sekarang!
“Terima kasih juga kepada barisan pelakon yang memberikan komitmen tinggi dalam mempromosikan filem ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, siri jelajah Polis Evo 3 hujung minggu lepas yang diadakan di Kedah, Penang, dan Perak dibanjiri lebih 100,000 peminat.
Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh memeriahkan jelajah tersebut.
Astro Awani
Tue Jun 06 2023

Angka terbaharu itu menjadikan filem arahan Syafiq Yusof, terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia. - Foto Astro Shaw
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings (AMH) Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.

Dua filem aksi blockbuster 'Polis Evo 3' dan 'Fast X' tiba di Astro First
Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, Polis Evo 3 dibawa pula ke layar lebar khusus kepada yang ingin menonton sekali lagi atau tidak berkesempatan berbuat demikian di pawagam.

Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kini berjaya mengaut RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.

#PE3: Mantap boh! Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi
Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan mengambil gambar kenangan bersama mural istimewa ini.

Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!
Ia menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.

#PE3: Sharnaaz syukur tetap dipilih Joel Sol walau didakwa baran, suka mengamuk
Joel amat menghargai kualiti lakonannya meskipun namanya sering dilabel antara pelakon yang sukar beri kerjasama terhadap tenaga produksi.

Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.

Kutip RM45 juta, penonton puji Polis Evo 3 sudah layak ke tahap antarabangsa
Polis Evo 3 mencetuskan satu fenomena dalam dunia perfileman apabila karya arahan pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.