Tahukah anda Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein pernah menjadi ‘spy’ ala James Bond untuk memastikan keamanan negara.

Tokoh berketurunan bangsawan Bugis ini juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan negara ketika bergelar Perdana Menteri negara ini.

Pada tahun 1941, beliau menyertai Askar Wataniah sebagai seorang ejen perisik untuk negara.

Beliau juga masyhur sebagai Perdana Menteri yang berjaya mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia satu ketika dulu.

Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) juga berjaya menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sehingga kini.

Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai Bapa Pembangunan.

Banyak lagi yang boleh kita ketahui tentang mantan Perdana Menteri Malaysia kedua ini dalam dokumentari istimewa Tun Abdul Razak: 40 Tahun Dalam Kenangan yang akan bersiaran pada Khamis, 14 Januari ini.

Program ini akan disiarkan bermula jam 9 malam di saluran 105 (Astro Prima) dan 135 (Astro Maya HD).

Diikuti dengan A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak pada hari yang sama bermula jam 10 malam di saluran National Geographic (553) , National Geographic HD (573) dan Astro Awani (501).