Kesemua 37 karya Shakespeare akan dipentaskan dalam masa satu setengah jam dan dibuat dalam Bahasa Malaysia.
“Kita akan ambil babak yang mungkin penonton sudah tahu dan kami lakonkan itu dalam masa 90 minit. Ia juga dipentaskan secara sinis.
“Kami tidak berkata kami lucu, nanti ada orang ingat kami syok sendiri, tapi penonton terhibur dan anggap apa yang kita buat adalah komedi. Kami serahkan kepada penonton untuk menilai persembahan kami. Tugas kami adalah untuk membuat persembahan,” kata pelakon Qawiem Zarid.
Pelakon 'Ringkasan Shakespeare' Qawiem Zarid. Beliau turut tercalon dalam ketegori Persembahan Kumpulan Terbaik untuk Anugerah Seni Boh Cameronian. -Gambar: Astro AWANI/Syafique Shuib
Bagi mereka yang tidak biasa dengan karya Shakespeare, Qawiem berkata corak persembahan juga menggunakan bantuan dari para penonton.
“Mereka yang terpilih akan dijemput ke atas pentas untuk membantu persembahan kami. Secara tidak langsung, mereka juga boleh mendalami karya Shakespeare,” katanya.
Selain Qawiem, “Ringkasan Shakespeare” turut menampilkan Fathie Shafie dan Anas Ridzuan.
Mereka bertiga dicalonkan dalam ketegori Persembahan Kumpulan Terbaik untuk Anugerah Seni Boh Cameronian.
“Ringkasan Shakespeare” dipentaskan dari 11 hingga 13 April di PJ Live Arts, Jaya One, Petaling Jaya.