Antara lain Allahyarham Yasmin Ahmad meletakkan Pablo Picasso sebagai pengaruh paling besar dalam dirinya sewaktu berkarya.
- Pengaruh paling besar dalam diri Yasmin semasa berkarya ialah Pablo Picasso.
- Karya-karya Yasmin juga dipengaruhi oleh puisi unik Jepun iaitu Haiku yang hanya memberikan suatu ‘situasi’ berbanding penceritaan yang lengkap berstruktur 3-Act ‘beginning, middle, end’.
- Yasmin suka berkias untuk menerangkan isi kandung setiap filem arahannya seperti sulaman dan jambatan yang perlu dibina sendiri.
- Beliau tidak terlalu menitik-beratkan teknikal misalnya kerja kamera untuk berkarya tetapi lebih suka eksperimen melalui ‘sulaman’.
- Ramuan filemnya seperti bahan penyediaan makanan yang berbagai rasa.
- Bagi beliau, filem juga seperti ‘makanan’ di mana ada yang suka dan sebaliknya.
- Yasmin lebih menyukai lukisan-lukisan oleh Latiff Mohidin berbanding lukisan-lukisan oleh Ibrahim Hussein, bukan kerana harganya tetapi nilai seninya.
- Seperti durian, filem-filem Yasmin mempunyai rasa (komitmen).
- Pembikinan filem beliau dipengaruhi oleh quote dari filem ‘Life Is Beautiful’ (1997) iaitu “Nothing is more necessary than the unnecessary.”
- ‘Psyche’ (jiwa) watak dalam filem-filem Yamin lebih kuat untuk menentukan jalan cerita berbanding susunan plot yang terlalu berstruktur.
Ikuti wawancara penuh Ajami Hashim bersama Allahyarham Yasmin.
Sementara itu, sehari selepas pemergian Yasmin, Gala TV turut merakamkan satu program khas dalam Gala TV Plus.