KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengagihkan peruntukan khas berjumlah RM3 juta menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) kepada pengkarya seni di Sarawak dan Sabah bagi menggalakkan penerbitan berkualiti di kedua-dua negeri itu, kata menterinya Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pengagihan dana melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu juga bertujuan meningkatkan pembangunan bakat serta kemahiran, merangsang aktiviti dan inovasi serta mewujudkan peluang pekerjaan di kedua-dua negeri berkenaan.
Bagi tujuan yang sama, beliau berkata diskaun 20 peratus turut diberikan kepada pengkarya kandungan di Sarawak dan Sabah untuk sewaan dan kemudahan fasiliti penggambaran Finas selama enam bulan mulai hari ini.
"Sekiranya pengkarya kandungan menghasilkan karya sehingga mampu meraih anugerah terutama di peringkat antarabangsa, kita bersedia memberi lebih banyak diskaun, termasuk 20 peratus lagi selepas daripada itu.
"Sehubungan itu, saya berharap dana RM3 juta serta diskaun yang diberi dapat memberikan suntikan semangat dan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak kandungan yang lebih berkualiti dari Sabah dan Sarawak, untuk kita raikan kandungan penceritaan mengenai nasib rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Fast Track: How To Be A Content Creator serta pembukaan Studio Sound Stage Finas Sarawak, di Auditorium Finas, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Finas Datuk Kamil Othman.
Fahmi berkata sehingga RM100,000 peruntukan disediakan untuk satu karya seni atau kandungan menerusi dana peruntukan khas RM3 juta itu, dan ia boleh mula dimohon bermula hari ini hingga 11 Okt ini khusus untuk pengkarya seni di Sarawak dan Sabah.
"Permohonan untuk ini ada beberapa kategori. Jadi, maklumat lanjut dan lebih terperinci boleh diperoleh melalui laman sesawang Finas," katanya.
Sementara itu, mengulas berhubung kenyataan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang menggesa tindakan diambil terhadap 'dalang' di sebalik pembikinan filem kontroversi "Mentega Terbang", Fahmi berkata perkara itu adalah di bawah tindakan Kementerian Dalam Negeri.
"Bagaimanapun, Finas juga akan meneliti terlebih dahulu dan mungkin memperincikan sebarang isu berbangkit. Sebelum ini, Finas sudah melakukan siasatan tetapi kita belum dapat makluman lebih terperinci, mungkin selepas sambutan Hari Malaysia nanti," katanya dan menambah Finas juga belum bertemu dengan SENIMAN berkaitan gesaan itu.
Terdahulu dilaporkan, Setiausaha Agung Persatuan SENIMAN Hafiz Nafiah berkata Finas wajar mengambil tindakan susulan berikutan pembikinan Mentega Terbang melanggar batas penerbitan filem di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Menurut Fami, peruntukan juga bertujuan meningkatkan pembangunan bakat serta kemahiran, merangsang aktiviti dan inovasi serta mewujudkan peluang pekerjaan di kedua-dua negeri berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
[TERKINI] Banjir diramal landa sembilan jajahan Kelantan Ahad depan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
Selangor rangka peruntukan khas persediaan SUKMA 2026 - Amirudin
Langkah itu bagi menampung keperluan sekiranya jumlah peruntukan RM6 juta melalui Belanjawan Selangor 2025 tidak mencukupi.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.
Kerajaan negeri dicadang masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri
Semua kerajaan negeri dicadangkan agar memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bajet negeri masing-masing.
Banjir: Kerajaan perlu sediakan Dana Perubahan Iklim - Penganalisis
Kerajaan perlu menyediakan peruntukan khas dalam bentuk Dana Perubahan Iklim bagi menangani fenomena banjir.
Belanjawan 2024: Manfaat diperoleh Sarawak lebih daripada peruntukan RM5.8 bilion - Abang Jo
Manfaat diperoleh Sarawak menerusi Belanjawan 2024 harus dilihat juga melalui peruntukan yang diberikan kepada kementerian-kementerian Persekutuan.
Peruntukan khas RM3 juta bagi pengkarya Sarawak, Sabah hasilkan kandungan berkualiti - Fahmi
Peruntukan khas berjumlah RM3 juta kepada pengkarya seni Sarawak dan Sabah bagi menggalakkan penerbitan berkualiti.
Ahmad Zahid mohon peruntukan khas selesai masalah bekalan air di Sabah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memohon peruntukan khas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlarutan sejak sekian lama di Sabah.
Sultan Johor mohon kerajaan salur bantuan khas pascabanjir
Peruntukan khas itu adalah bagi membaik pulih infrastuktur awam termasuk jalan raya yang rosak dan musnah akibat banjir.
Kedah, Perak hargai peruntukan diumumkan dalam Bajet 2022
Menteri Besar Kedah alu-alukan pengumuman kerajaan walaupun jumlah peruntukan melibatkan negeri itu jauh kurang daripada yang dimohon.