PEMPENGARUH media sosial berasal dari Indonesia, Mimi Peri akui teruja menjejakkan kaki ke Malaysia buat pertama kali.
Kata Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, seumur hidupnya, belum pernah dia ke luar negara sehinggalah ditaja oleh Datuk Fizz Fairuz sebagai pelakon yang membintangi filem Mat Tudung Begins.
“Sejujurnya saya tidak pernah ke luar negara atau ke mana-mana selain kampung saya.
“Jadi apabila dibawa ke Malaysia saya teruja sekali. Sebelum ini saya hanya melihat KLCC di televisyen. Kali ini alhamdulillah saya sudah datang melihat sendiri menara itu dan bergambar.
"Saya berterima kasih kepada Fizz kerana menawarkan untuk berlakon dalam Mat Tudung Begins, sekali gus memberi peluang buat saya berkunjung ke Malaysia," katanya kepada Astro Gempak.
Mimi yang popular dengan video memanggil orang bangun sahur itu ditemui ketika majlis tayangan perdana Filem Mat Tudung Begins di TGV Cinema, One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Bercerita lanjut mengenai kunjungannya di KLCC baru-baru ini, Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar.
"Saya senang sekali apabila ramai peminat di sini mahu mengambil gambar bersama saya.
“Terkejut juga kerana ramai yang mengenali saya ke mana sahaja saya pergi. Ini pertama kali saya ke luar negara, jadi tak sangka dengan penerimaan orang terhadap saya,” ujarnya.
Selain Mimi Peri, Mat Tudung Begins turut dibintangi Fizz Fairuz, Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan Fazlina Datuk Ahmad Daud.
Filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini. -Gempak
Gempak
Mon Jul 31 2023

Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar. -Gempak

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Pertama kali datang Malaysia, Mimi Peri terkejut kena serbu di KLCC
Mimi memberitahu ramai yang mengenalinya serta datang mahu bergambar.