ADA kalanya muzik itu tidak memerlukan komposisi dan formasi yang kompleks untuk menjadikannya sebuah karya hebat.
Cukup dengan petikan gitar yang membuai, perkusi yang memberi rentak serta getaran bass yang menyentuh disulami bunyi ukelele yang mengusik, setiap telinga yang mendengar lagu-lagu Payung Teduh pasti jatuh hati.
Tidak ramai yang kenal kumpulan dari Jogjakarta, Indonesia ini, mungkin kerana mereka tidak berpencak di arus perdana. Namun bagi golongan pendengar muzik alternatif, nama Payung Teduh memang tidak asing.
Kumpulan ini tidak mempunyai nama pada asalnya. Mereka sekadar berkumpul hanya dengan satu niat: kerana suka bermain muzik.
“Sebenarnya saya bukan pemain muzik, saya cuma suka bernyanyi,” kata vokalis dan pemain gitar utama, Mohammad Istiqamah Djamad, atau mesranya dipanggil Is.
Kata Is, pada mulanya hanya dia dan pemain bass, Comi Aziz Kariko, masing-masing penuntut Universitas Indonesia (UI) yang berkenalan di pentas Teater Pagupon bermain muzik sekadar untuk suka-suka di waktu senggang sekitar kampus.
Mereka memainkan muzik-muzik yang asalnya dicipta Is untuk naskhah-naskhah teater, dan perlahan-lahan mereka menarik dan membentuk kumpulan pendengar setia.
“Nama ‘Payung Teduh’ ini dari teman, Caca namanya. Menurutnya, kami sangat nyaman didengarkan dalam situasi apa pun, ketika ‘panas terik’ orang datang ‘berteduh’, ketika ‘hujan lebat’ juga orang datang ‘berteduh’.
“Kami pula bermain di daerah kantin yang banyak payung-payung tempat makan, istirahat kalau break kuliah. Jadi semesta juga mendukung.”
Perjalanan yang bermula pada 2006 itu semakin jauh apabila persembahan Is dan Comi yang sebelum itu sekadar menjelajah dalam kompaun universiti turut diundang ke majlis-majlis luar kampus.
Setahun dua kemudian, Cito Alejandro Saksakame dan Ivan Penwyn yang juga penuntut UI dijemput menyertai mereka untuk mengisi posisi perkusi dan gitar ukulele.
Anggota Payung Teduh. Dari kiri: Ivan, Cito, Is dan Comi. - Gambar Astro AWANI/Israr Khalid
Pernah ditolak major label
Jauh sebelum itu sebenarnya, Is menceritakan bahawa dia pernah mencuba nasib menghantar lagu-lagunya ke major label, namun ditolak.
“Alasannya muziknya tak komersil, muka tak sesuai bla bla bla. Sampai sudah give up dengan muzik lalu main teater aja. Jumpa Comi di teater, bikin muzik untuk teater.
“Ketika saya mau nikah awal-awal itu saya jual semua alat muzik, baru main teater, ada duit lebih beli gitar akustik satu, Comi ada contra bass, main sekali dua kali, bisa tampung kemudian beli cajon, panggil Cito main.
“Mungkin kerna pada saat itu adalah fasa di mana kami betul-betul jujur bermain muzik. We’re not pretending to be someone else, betul-betul bermainkan apa yang ada.”
Is akui, Payung Teduh tidak akan keluar dari lingkungan UI, Jogjakarta jika tidak didukung pendengar setia mereka yang berkongsi rakaman di laman Youtube pada mulanya sebelum menular di media sosial lain.
Malah album pertama Payung Teduh yang terbit pada 2010 juga katanya tidak akan terhasil tanpa desakan mereka.
“Komunitas sendiri yang bagi sumbangan dan dana minta kami pergi rakam supaya ada bentuk fizikal yang boleh didengarkan bila kami tiada di sini (UI), ‘kalau kamu mati kami tiada jejak,’ katanya.
“Kami tidak membuat sebarang promosi, iklan dan sebagainya. Kami meledak di kampus.”
Ketika Is enggan digelar kumpulan indie, Cito melihat naiknya nama Payung Teduh adalah kerana perbezaan yang mereka tampilkan, seiring kata Is yang menyifatkan mereka adalah lebih sebagai sebuah kumpulan muzik alternatif.
“Saat pendengar jenuh sama apa tersedia di industri, hadir kami jadi kontras dan kelihatan.
“Mungkin sebab itu promosi tak diperlukan kerana timbul sendiri dari kontrasnya.”
Identiti muzik Payung Teduh
Ada yang kata muzik mereka ini bergenre jazz, ada pula kata keroncong, ada pula folk.
Sudahnya, ramai yang akhirnya mengklasifikasikan muzik mereka sebagai ‘muzik Payung Teduh’. Mungkin ada yang mengatakan mereka mirip kumpulan Sore yang juga dari Indonesia, namun Is tidak kisah.
Kata Is, ia terpulang kepada interpretasi pendengar. Semua lagu ciptaannya terilham secara semula jadi tanpa ditetapkan sebelumnya untuk menjadi bentuk apa.
“Ia adalah tentang keseharian. Bukan lagu-lagu galau (jiwa kacau), saya menulis di fasa saya bangkit. Lepas kacau sekali, ketemu seorang perempuan lalu jadi isteri saya dan ada tiga orang anak.
“Itu fasa terindah buat saya kerana saya bisa mengalir sekali, 2008 kebelakang semuanya mudah untuk menulis dan kongsi rasa itu.
“Saya hanya bisa berkarya daripada apa yang saya rasakan. Saya tak bisa jadi mesin yang ‘esok bikin lima lagu, lagunya begini’, bahkan gitar kalau saya rasakan tak mahu main, saya tak sentuh. Tetapi bagaimana caranya melakukan perjalanan berbual sama orang baru, sama keluarga yang bisa bikin stimulus untuk berkarya.”
Album 'Payung Teduh' (2010) dan 'Dunia Batas' (2012). Mereka tak mungkin merakamkan lagu-lagu yagn diciptakan tanpa dorongan dan dukungan daripada komuniti pendengar setia awal di Universitas Indonesia (UI). - Gambar Astro AWANI/Israr Khalid
Melodi yang mengasyikkan dan membuai juga diperkuat dengan lirik puitis yang dipetik dari naskhah-naskhah teater juga ditulis Is sendiri, inspirasi daripada puisi-puisi serta karya sastera Indonesia.
Is menganggap seniman agung P.Ramlee sebagai pahlawannya di Tanah Melayu ini, selain beberapa tokoh seni Melayu yang menjadi sanjungan dan watak utama kepada penghasilan lagu-lagu Payung Teduh seperti sasterawan Sapardi Joko Dharmono, Pramoedya Ananta Toer, serta penyanyi lama Bing Slamet dan Sam Saimun.
Kejujuran muzik Payung Teduh membuatkannya senang membuka pintu hati setiap pendengar yang selanjutnya tergerak untuk menyebar rasa nyaman yang dialami kepada orang lain.
Maka tidak hairanlah lagu-lagu antaranya ‘Angin Pujaan Hujan’, ‘Kucari Kamu’, ‘Resah’, ‘Berdua Saja’, ‘Menuju Senja’ dan ‘Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan’ sudah sampai ke telinga-telinga Jepun, Jerman, Bangladesh dan Colombia.
Begitupun, tidak tergerak di hati mereka untuk menulis lirik dalam bahasa Inggeris untuk terus mengorak langkah di pentas antarabangsa.
“To go global is not even the purpose of the band,” kata Comi. “Dari awal juga tak fikir untuk komersil, kalau tidak baik kami ke major label. Itu juga jelaskan kenapa kami tak ada nama sampai orang lain yang kasi nama. Kalau orang tak beli CD pun kami tak kisah.
“Mungkin tak faham lirik tapi sekurang-kurangnya mereka boleh menikmati muziknya dan kemudian mereka akan cuba belajar bahasa Indonesia.”
Comi mengambil contoh kumpulan muzik metal dari Jerman, Rammstein yang lagu-lagunya dalam bahasa Jerman, juga K-Pop yang mengekalkan lirik dalam bahasa Korea, tetapi masing-masing punyai jutaan peminat seluruh dunia.
“Kenapa kita mau hasilkan karya yang bukan identiti kita orang sini (Melayu), kenapa nak jadi orang lain?” soal Cito pula. “Kita bukan mau ke sana tetapi mau jemput mereka ke sini.”
Nyata, teguhnya jati diri empat pemuda ini membuatkan mereka menonjol dan terbang tinggi dari lautan kumpulan muzik dan penyanyi yang tumbuh bak cendawan lepas hujan sejak akhir-akhir ini. Mereka tidak seperti yang lain.
Melihat industri muzik marcapada, keluh Is, ia sudah tidak lagi asli dan masing-masing hanya sekadar mahu jadi terkenal, lantas segalanya termasuk cerita peribadi turut dijadikan modal untuk popular.
“Saya suka petik kata-kata Dave Grohl, “ketika semuanya menjadi budaya pop, semua dijual termasuk drama kehidupan. Kebanyakan orang sukakan drama dan orang hanya berfikir untuk menjadi terkenal adalah seperti itu”. Mereka tak fikir tentang bikin karya signature yang mereka betul-betul buah pikiran mereka. “If ure a band play it loud.” Itu bentuk kejujuran. Kalau cuma fikir cari untung atau nasib, ayuh daftar ramai-ramai ******** Idol. Bagi saya itu sangat memalukan.
“Jadi motivasi mereka untuk berkarya adalah untuk menjadi terkenal, bukan mencari akibat. Terkenal itu kan akibat daripada karya yang berkualiti.”
Konsert di Malaysia dan Album Ketiga.
Sabtu lepas, Payung Teduh telah membahagiakan penonton Malaysia yang padat memenuhi Auditorium Muzik Bentley, Petaling Jaya dengan 15 lagu daripada album ‘Payung Teduh’ dan ‘Dunia Batas’.
Malah, sehari sebelumnya, mereka mengadakan sesi bengkel bersama peminat untuk berkongsi proses kreatif penghasilan lagu-lagu mereka, juga sehari selepas ‘Live di Selangor’ mereka ke Kuching, Sarawak untuk konsert akustik di sana.
“Luar biasa! Kami tahu ramai peminat Payung Teduh di Malaysia tapi tak menjangkakan ia sebesar dan sehebat ini. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke Malaysia dan nyata berbesar hati,” kata Is.
“Insyallah kalau ada jemputan kami akan datang lagi. Mungkin akan datang tempatnya di kawasan terbuka, baru cocok dengan lagu-lagu kami yang nyaman!
Payung Teduh teruja sambutan luar biasa di Malaysia dan teruja 'membahagiakan' peminat dalam konsert 'Live In Selangor' di Auditorium Muzik Bentley, Petaling Jaya 3 Disember lalu. - Gambar Astro AWANI/Israr Khalid
Selepas selesai mendokumentasikan karya daripada album pertama dan kedua yang disusun semula bersama mini orkestra secara live, Payung Teduh kini dalam proses merakam album studionya yang ketiga.
“Sudah 75 peratus proses rakaman, tinggal satu lagu terakhir, judulnya Muram. Tetapi judul album masih belum ada lagi.
“Kelainannya adalah lebih belajar main bunyi-bunyian yang lebih banyak, dan lebih dinamik. Asasnya masih santai. Harapnya sebelum pertengahan tahun hadapan sudah boleh siap,” maklum Is.
Kini Payung Teduh tidak lagi seperti sepuluh tahun yang lalu. Mereka kini boleh dikatakan nama yang bakal bertapak sebagai pemain besar dalam industri.
Justeru kata Cito, tanggungjawabnya juga menjadi semakin besar.
“Motivasinya adalah apabila sudah jadi milik umum, tanggungjawabnya adalah untuk ‘beri makan’ kepada mereka.
“Kalaupun alasan bukan kerana kita tetapi kerana orang lain, kerana sudah terbentuk hubungan dengan pendengar maka tak bisa lepas begitu saja.”
“Sekarang industri dan kumpulan muzik alternatif sudah ‘bertarung di jalanan’, kerana pada akhirnya promosi tidak lagi berpengaruh seperti dahulu,” tambah Is.
“Cuma sekarang ini adalah bagaimana band atau penyanyi mengekalkan hubungan baik dengan pendengar, bisa tetap bikin karya dan punyai identiti yang kuat. Bisnes menjadi perkara selanjutnya yang boleh diatur.”
Israr Khalid
Fri Dec 09 2016
Kejujuran dan jati diri teguh yang dizahirkan melalui muzik mereka membuat band alternatif dari Jogjakarta, Indonesia ini semakin mekar. - Gambar Astro AWANI/Israr Khalid
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polia
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
PERSPEKTIF: Kejujuran dan identiti muzik Payung Teduh
Cukup dengan petikan gitar yang membuai, perkusi yang memberi rentak serta getaran bass yang menyentuh disulami bunyi ukelele yang mengusik setiap telinga yang mendengar Payung Teduh pasti jatuh hati.