PENAMPILAN penyanyi muda, Erissa Puteri Hashim yang membuat persembahan pada malam pertama International Cultural Fashion Week (ICFW) sempena festival Precious Of Malaysia, pada Jumaat mencuri perhatian ramai.

Menerusi acara tahunan tersebut, bekas peserta program realiti, Ceria Pop Star musim kedua yang kini berusia 21 tahun itu menerima pujian sejurus menyanyikan lagu Ku Bersuara yang dipopularkan oleh Ernie Zakri.

Rata-ratanya memuji kualiti vokal yang dimilikinya selain tak kurang yang teruja melihat perkembangan seni Erissa di dalam sepotong video yang dikongsikan kami di TikTok.



“Dia hit note tu macam senang je. Range dia mesti tinggi. Go Erissa, fly high.”

“Suara dia dari kecil memang sedap, minat minat kat dia.”

“Wow besar dah Erissa, lawa lagi. Memang best suara dia.”

“Dia talented giler kot.”

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 500,000 kali tontonan yang disusuli dengan ratusan komen pelbagai netizen.

Terdahulu, Erissa dijemput sebegai artis undangan pada saingan (ICFW) yang dikhususkan pada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran pereka fesyen, Jonathan dan Farel Mikhail (FM Group) yang sekaligus memberi dedikasi kepada golongan sasaran untuk sama-sama terlibat tunjukkan bakat. -Media Hiburan