GARA-gara pernah menjadi mangsa buli di sekolah rendah, pelakon Andy Teh mula aktifkan diri dalam sukan teakwondo pada usianya 10 tahun.
Biarpun pada mulanya mahu membalas perbuatan pembuli itu, namun lama-kelamaan Andy menganggap seni mempertahankan diri itu untuk membanggakan ibu bapanya.
"Saya memang pernah jadi mangsa buli tetapi tidaklah secara fizikal. Saya masih ingat, masa umur 9 tahun, saya nak pergi sekolah mesti kena ganggu dengan tiga orang budak.
“Masa umur saya 10 tahun, saya mula masuk sertai taekwondo di sekolah sebab ketika itu saya terfikir untuk membalas semula perbuatan mereka.
“Namun lama-kelamaan saya sedar seni mempertahankan diri bukan bertujuan membalas dendam. Apabila saya mula belajar, sasaran saya bukan lagi ke arah itu (balas dendam).
“Saya mahu membanggakan diri dan kedua ibu bapa dengan kemampuan yang ada," kata Andy kepada Gempak.
Andy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran gimnasium seni mempertahankan diri miliknya iaitu Elitez Mixed Martial Arts yang terletak di Shah Alam pada Sabtu.
Bercerita lanjut tentang penglibatan dalam sukan ini, Andy juga turut bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan menggerakkan kempen antibuli di sekolah sekitar Selangor.
"Apa yang saya lakukan bukan sekadar beri ceramah, sebaliknya lebih kepada mendekati pelajar sekolah untuk mengetahui masalah mereka.
"Ada yang menjadi mangsa buli dan juga pembuli. Dari situ kami akan terangkan kepada mereka tentang tindakan yang sepatutnya diambil bagi menghentikan budaya buli," jelasnya.
Untuk info, Andy pernah bergelar juara untuk sukan tersebut menerusi pertandingan peringkat antarabangsa pada 2020 yang berlansung di Petaling Jaya, Selangor. - Gempak
Gempak
Mon May 01 2023

Andy juga turut bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan menggerakkan kempen antibuli di sekolah sekitar Selangor. - Gempak
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pernah jadi mangsa buli, Andy Teh mula belajar taekwondo ketika usia 10 tahun
Andy juga turut bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan menggerakkan kempen antibuli di sekolah sekitar Selangor.