MANILA: Penyanyi terkenal sekitar tahun 1990-an, Keith Martin ditemukan meninggal dunia di kediamannya di sebuah kondominium di Quezon City, Manila, Filipina pada Jumaat.

Kematian penghibur itu disedari apabila jiran Martin memaklumkan pada pengurusan kondominium berkenaan mengenai bau yang tidak menyenangkan dari sebuah unit di tingkat enam yang didiami mendiang.

Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai perkara itu segera menjalankan siasatan dengan memecah masuk kediaman itu dan menemukan mendiang sudah tidak bernafas.

Sehubungan itu, polis juga segera menjalankan siasatan untuk mengetahui sebab kematian penghibur terkenal itu.

Martin menempa kemasyhuran pada 1990-an melaui senarai lagu-lagu cinta genre r&b.

Antara lagu yang mempopularkan mediang ialah Never Find Someone Like You,Why Can't It Be dan Forever Will Be serta banyak lagi lagu lain.

Bagaimanapun, lagu Martin yang sangat popular dan melonjakkan kerjaya seninya ialah Because of You.

Sejak beberapa tahun lalu mendiang Martin berhijrah ke Filipina untuk bekerjasama dengan penggiat muzik di negara.

Mendiang berusia 55 tahun.