Penulis novel KARKUMA, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dilarang mengadakan pertemuan bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan pada 18 Oktober 2014 bersempena dengan Hari Terbuka UIAM Kuantan.
Menurut pihak pengurusan UIAM Kuantan, alasan untuk tidak membenarkan sesi dialog bersama pelajar tersebut adalah kerana banyak novel-novel Raja Azmi mengandungi unsur seks dan fantasi melampau.
Menerusi pesanan ringkas Whatsapp kepada pihak penerbit, pihak pengurusan UIAM Kuantan memberitahu bahawa “Apa faedah bedah buku tu kepada mahasiswa, kenapa tidak buku-buku ilmiah yang lain?"
Syarikat penerbitan Merpati Jingga juga diberitahu bahawa ia mencerminkan pandangan masyarakat terhadap UIA dan tidak selari dengan biah UIA.
Sementara itu, Raja Azmi ketika dihubungi Astro AWANI menyatakan rasa terkilannya kerana alasan yang diberikan pihak pengurusan UIAM melarang sesi dialog berkenaan adalah sangat cetek.
“Novel Karkuma yang saya hasilkan tiada halaman yang berunsur seks, ianya adalah sebuah novel epik ketuhanan. Saya sangat terkilan dengan alasan bahawa saya pernah menulis buku yang berunsur seks dijadikan sebab sesi dialog itu tidak boleh diteruskan.
Sepatutnya pihak jawatankuasa UIA membaca dan mengkaji novel Karkuma dahulu sebelum membuat tuduhan melulu. Keputusan ini juga menggambarkan bagaimana mereka berfikir. Saya bukan penulis buku seks dan perkara (seks) itu untuk zaman sekarang boleh didapati di mana-mana terutamanya internet, mengapa salahkah buku saya?” katanya.
Raja Azmi sebelum ini pernah mengadakan sesi dialog buku Karkuma di sebuah kolej di Bangi tanpa sebarang masalah.
Sesi dialog antara lain membincangkan isi kandungan buku tersebut dan berkongsi pengalaman Raja Azmi sebagai seorang penulis.
Raja Azmi juga pernah menerbitkan buku-buku ajaran solat untuk kanak-kanak, buku komik Anak-Anak Sidek yang berunsurkan patriotik untuk generasi muda dan skrip-skrip drama yang berunsurkan keagamaan disamping buku novel politik yang pro kepada kerajaan pemerintah.
Dalam satu kenyataan media, pihak penerbitan Merpati Jingga merasakan maklum balas daripada pihak pengurusan menunjukkan bahawa UIAM Kampus Kuantan mempunyai sekatan dalam membenarkan seseorang itu ‘memasuki’ kampus dalam memupuk sikap matang para pelajar dan tidak mempunyai sikap yang terbuka.
Pihak penerbit juga berpandangan bahawa pihak pengurusan UIAM Kuantan seolah-seolah berperanan sebagai polis moral yang membentuk acuan yang dikehendaki pihak UIAM Kuantan.
Justeru, Merpati Jingga dengan sekaligus menarik balik penyertaan dalam semua program yang telah dipersetujui bersama UIAM Kuantan untuk acara tersebut.
Pada masa yang sama, pihak Merpati Jingga telah mengalih penyertaan Raja Azmi pada 18 Oktober 2014 ke Kolej Matrikulasi Labuan yang mahukan penulis itu berkongsi inspirasi dalam bidang penulisan.
Merpati Jingga juga membuka kepada mana-mana kampus IPTA dan IPTS yang mahu mengadakan sesi dialog yang sama boleh menghubungi pihak penerbitan bagi mempersiapkan pelajar-pelajar mereka yang berminat dalam bidang penulisan untuk mengadakan forum bersama Raja Azmi.
Astro Awani
Wed Oct 15 2014

Penulis novel Karkuma, Raja Azmi dilarang jumpa pelajar UIAM Kuantan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

AirAsia 'berperang' dengan MAHB, kali ini tentang cukai PSC tertunggak
Menurut MAHB, cukai telah ditetapkan sebanyak RM73 setiap penumpang, tetapi AirAsia hanya mengutip RM50 seorang. Pihak MAHB mendesak AirAsia membayar perbezaan RM23 dari setiap penumpang itu.

Raja Azmi minta Adam Davin serah diri segera
Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi meminta agar pelakon baru, Adam Davin menyerah diri kepada pihak polis dan berhenti menjaja namanya demi tujuan peribadi.