KUMPULAN muzik popular Indonesia, Gigi kehilangan pengurus mereka, Aria Baron, yang meninggal dunia selepas dijangkiti wabak COVID-19.
Lebih dikenali sebagai Baron, Allahyarham yang berusia 51 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.42 pagi (waktu tempatan).
Berita duka pemergian Baron yang juga bekas pemain gitar kumpulan Gigi itu disahkan wartawan tempatan, Adib Hidayat.
"Thomas Ramadhan dari Gigi menghubungi saya memaklumkan pemergian Aria Baron. Maafkan dia, kata Thomas sambil menangis," kata Adib kepada portal berita pada CNN Indonesia pada Selasa.
Sebelum ini, pengurusan band Gigi sering melaporkan keadaan kesihatan Baron di media sosial.
Allahyarham Baron atau nama sebenarnya Aria Baron Suprayogi Arafat Ariono merupakan antara pengasas kumpulan paling masyhur di Indonesia itu sektiar 1994.
Baron meninggalkan band berkenaan beberapa tahun selepas itu kerana melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat (AS).
Sebaik pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian, Baron kembali aktif dalam bidang muzik dengan mengasaskan kumpulan NO! sebelum ditukar nama menjadi Baron Band.
Tidak lama bersama Baron Band, beliau kembali menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan kumpulan Gigi.
Sementara itu, vokalis Gigi, Armand Maulana dalam hantaran di Instagramnya turut berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya.
“Semoga Allah menempatkan beliau di sisi-Nya,” tulis Armand lagi.
Selain Armand, kumpulan Gigi yang sangat popular dengan lagu seperti Nakal dan 11 Januari turut dianggotai oleh Dewa Budjana (pemain gitar), Thomas Ramdhan (pemain bass) dan Gusti Hendy (pemain dram).
Pemergian Baron akibat COVID-19 turut diratapi peminat-peminat muzik Indonesia yang meluahkan kesedihan mereka di Twitter.
Rata-rata daripada mereka yang mengenali Baron menyifatkan Allahyarham sebagai seorang inidividu yang berbakat besar, mesra dan sentiasa memberi kerjasama dalam apa sahaja urusan melibatkan Gigi.
Saharudin Musthafa
Tue Jun 29 2021
Pemergian Baron akibat COVID-19 turut diratapi peminat-peminat muzik Indonesia yang meluahkan kesedihan mereka di Twitter. - Instagram
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Separuh penduduk dunia menghidap penyakit mulut - WHO
Penyakit mulut yang paling biasa ialah kerosakan gigi, penyakit gusi yang teruk, kehilangan gigi dan kanser mulut.
Pengurus kumpulan Gigi, Baron, meninggal dunia akibat COVID-19
Pemergian Baron akibat COVID-19 turut diratapi peminat-peminat muzik Indonesia yang meluahkan kesedihan mereka di Twitter.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara
Sektor perubatan negara terus ke hadapan apabila penggunaan cetakan implan tiga dimensi (3D) titanium diguna pakai dalam pembedahan.
Gusi berdarah perlu dirawat, elak hilang gigi - Pakar
Masyarakat sering memandang ringan masalah gusi berdarah dan tanpa mereka sedari bahawa ia boleh menyebabkan kehilangan gigi.
526 gigi dalam mulut budak 7 tahun
Ravindran dikatakan sering mengadu bahagian sebelah kanan rahang bawahnya bengkak sejak dia berumur tiga tahun.
Tok Batin jadi Ikon Gigi Orang Asli
Kesemua iGGOA yang terpilih berkenaan merupakan Tok Batin daripada daerah Batang Padang, Muallim, Kampar, Kinta, Perak Tengah dan Hilir Perak.
Keji! Masak, hidang daging kekasih
Seorang wanita Maghribi didakwa membunuh kekasihnya dan 'menghidangkan' cebisan dagingnya yang dimasak kepada pekerja warga Pakistan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Mat Gian 'tertelan' gigi palsu ketika cuba larikan diri daripada polis
Nak selamatkan diri daripada dicekup polis, seorang mat gian veteran berusia 62 tahun tak sengaja tertelan gigi.
'Rongak' semua 27 gigi akibat minum air berkabonat setiap hari
Anda penggemar minuman berkabonat? Hati-hati dengan pengambilan kandungan gula dalam rutin harian anda.