Sempena perlumabaan Formula One Grand Prix Malaysia pada hujung bulan ini, konsert Twin Tower @Live di Menara Berkembar Petronas, KLCC akan dianjurkan.

Namun insiden Jumaat lalu yang menyaksikan 6 remaja maut akibat pengunaan dadah yang berlebihan ketika menyaksikan Konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil mengundang pelbagai persepsi tentang pengunjung konsert.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Datuk Razlan menasihatkan pengunjung konsert agar menjauhkan diri daripada penyalahgunaan dadah.

"Saya nak sentuh mengenai perangai pengunjung konsert agar jangan keterlaluan. Berhibur tanpa penggunaan benda-benda negatif seperti dadah, alkohol dan sebagainya. Kita akan membuat satu kolaborasi dengan agensi anti dadah untuk memberi peringatan kepada semua pengunjung konsert supaya jauhilah diri daripada dadah yang sangat berbahaya dan sebagainya."

Perlumbaan Formula One Grand Prix Malaysia pada 28 hingga 30 Mac ini bakal menjanjikan pengalaman istimewa buat semua peminat sukan permotoran dunia.

Razlan turut menjelaskan, peminat F1 bukan sahaja akan menikmati kehangatan perlumbaan tetapi juga pelbagai acara menarik yang dirancang sepanjang minggu termasuk konsert Twin Tower @Live 2014.

"Ini tahun ketiga. ini konsert percuma untuk awam. Pada hari Jumaat, kita ada artis seperti Christina Aguilera, Craig David, Rick Astley. Pada Sabtu ni, kita ada artis K-Pop dari Korea,” jelas beliau.

Disebalik program menarik yang bakal disajikan kepada peminat, SIC turut sensitif terhadap misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.

“Kita perlu sentitif terhadap insiden ini. Kita perlu tahu perkembangan harian dan kita tidak tahu tribute apa yang perlu dibuat. Kita tidak mahu membuat tribute yang salah.”